5 Cara Kekal Bermotivasi di Saat Ia Makin Pudar

Kurangnya motivasi boleh datang dalam pelbagai cara. Kurang penghargaan, pengaruh sekeliling mahupun datang daripada dalam diri kita sendiri.

Rasa kurang motivasi boleh datang di saat kita sangat memerlukannya. Terutama bila kita tengok kerja kita banyak lagi dan dateline makin dekat. So, samada kita hadap atau angkat kaki, terpulang bagaimana kita handle motivasi kita tu.

Dalam artikel ni, KA nak share sikit cara untuk kita kekal bermotivasi di saat kita memerlukannya.

1. Lakukan terus kerja kita

KA selalu perhatikan, semakin banyak KA memikirkan tentang kerja yang perlu KA buat, makin kurang dan serabut untuk KA buat sesuatu kerja tu. Especially, bila timbul rasa 'Aduh, dokumen tak lengkap ni' tak pun 'Arghh, tebalnya invoice nak kena cek!'. Jangan terlebih fikir, buat je kerja selagi boleh buat. Kalau tangguh, MALAS pula yang akan datang.

2. Jarakkan diri sedikit

Maksud KA kat sini bukannya kita buat kerja dengan badan berada jauh dari kawasan kerja. Maksudnya kalau kita dah buntu atau 'jammed', bagi sedikit ruang untuk diri kita. Ambil masa pergi jalan-jalan sekejap. Paling koman pun, bangun dari kerusi, berjalan ke pantri dan buat kopi.


3. Bergaul dengan orang yang positif

Sedar atau tidak, kita sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh minda bawah sedar kita berbanding yang kita sedar. Oleh itu, fikiran dan kelakuan kita sebenarnya banyak terpengaruh oleh orang sekeliling kita. Sebab tu kita kena banyak bergaul dengan orang positif yang bercita-cita dan bermotivasi. Dorang ni sebenarnya dalam tak sedar akan buat kita terus bergerak.

4. Fikir balik sejauh mana dah kita sampai

Kalau kita fikir balik sejauh mana dah kita letak usaha kita, masa kita, wang kita, air mata kita terhadap sesuatu tugas, kerja mahupun bisnes tentunya akan buat kita sentiasa bersemangat. KA jamin tiada antara kita yang sanggup buang apa yang kita usahakan separuh jalan. Sama juga dalam blogging, kalau terdelete satu artikel pun dah rasa nak menangis, inikan pula seluruh blog.

5. Cuba pendekatan yang berbeza

Dalam menyelesaikan sesuatu perkara terkadang kita tak dapat lari daripada merasa penat dan letih. Memikirkannya sahaja pun dah boleh buat kita letih dan menyampah. Tanpa kita sedari, mungkin cara kita selama ni yang buat kita rasa blurghh.. tak ada semangat, leceh. Cuba kita ambil masa untuk menilai balik cara kita melaksanakan sesuatu perkara. Jangan sampai tepu minda. Kita kena sentiasa cabar otak kita supaya otak kita tak sampai tahap malas.

Apa yang KA boleh cakap, semua yang kita buat asalnya dari minda. Macam mana kita train minda kita. So, make sure kita latih minda kita fikir benda positif setiap masa mulai sekarang. Setiap kali KA rasa down, demotivated... KA akan duduk dan recall balik point-point ni. Alhamdulillah setakat ni berjaya.

Korang macam mana pula?

Ulasan

(7)
  1. Macam tau2 je, semangat dah hilang ni bila nak jejak tengahari ni.. mood mengantuk pulak yang sampai.. nasib baik baca entri ni, rasa semangat la sikit..hehe

    BalasPadam
  2. PC pernah bekerja sebelum ini...bila ada rasa-rasa yang kurang seronok untuk laksanakan kerja...duduk sendirian...cari ruang ingatkan semula diri niat asal bekerja untuk apa kerana siapa..in sya Allah semua ok semula..

    BalasPadam
  3. klo sy suka dgr ceramah2 kt utube la belajar rasa nak bersyukur sikit. baru dpt tangani byk bnda dengan kadar tahap terbaik. insyaAllah :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.