Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah untuk segala ruang yang saya ada, segala kelapangan yang saya ada untuk menyertai segmen sulung blogger tahun 2016 ni. Huih, bukan senang nak dapat mood nak menaip. Apatah lagi nak join mana-mana segmen anjuran blogger lain ni.

Sebelum saya meleret-leret, eloklah kiranya saya teruskan dengan isi penting dan mencukupi syarat yang disertakan bersama dengan segmen anjuran brader Hasrul Hassan ni. Ke ada yang masih tak kenal dengan abang ni? Takkan la kan...

http://www.hasrulhassan.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

Mula-mula, bagi sesiapa yang baru pertama kali singgah ke blog ni saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog yang tak berapa nak hensem ni. Sebenarnya blog ni saya mula-mula buat pada tahun 2012 menggantikan blog lama yang lebih kepada perbincangan politik. Kenapa saya bertukar arah dari blog politik kepada blog yang lebih personal? Well, suasana politik sekarang sudah lain perginya. Penuh auta berbanding fakta.

Sekarang blog ini saya guna untuk berkongsi tentang tempat-tempat makan, tempat-tempat jalan-jalan, gambar-gambar dari genre street dan sedikit acara-acara yang saya hadiri sepanjang hidup saya which is masih tak banyak jika nak dibandingkan dengan korang-korang. Kan?

Cukup berkenaan dengan blog ni. Sekarang saya nak cerita serba sedikit tentang diri saya. Saya, seorang yang sederhana, kerja sederhana, tinggi sederhana, kulit sederhana cuma rambut je kurang sederhana dah. Telah berkahwin dengan isteri saya sendiri.

Minat nombor satu saya adalah tangkap gambar. Tak kira kat tangan ada kamera jenis apa, saya akan snap. Apa yang saya snap? Macam-macam... macam-macam sampai saya sendiri pun tak boleh nak kategorikan macam mana. Lebih-lebih lagi gambar-gambar jalanan. Kedua, saya suka melukis walaupun tak power. Ketiga saya suka godek-godek photoshop. Saya juga suka masak. Jalan-jalan tu kira kesukaan jugak kan?

Harapan saya untuk blog STANZAKU ni semoga masih utuh menjadi tempat saya berkongsi rasa, berkongsi pandangan, berkongsi ilmu dan berkongsi apa-apa yang saya boleh kongsi dalam sebuah blog. By the way, korang dah try CITRIO? Best oo.. kalau log in 4Shared pakai browser CITRIO, akaun otometik jadi PREMIUM oh! Eh, ke situ pulak.

Saya juga berharap saya akan jadi anak yang baik, suami yang baik, ayah yang baik, blogger yang baik dan apa-apa je lah yang baik. Erm... harap-harap tahun ni saya banyak menulis.

Cukup la kot ye. Masa untuk blogwalking senarai blogger pulak. Terima kasih!

Ulasan

(26)
  1. selamat bersegmen..lama tak singgah sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pon lama sebenarnya tak jalan-jalan kat blog kawan-kawan. :(

      Padam
  2. Terima kasih. InsyaAllah.. boleh punya. :)

    Semoga berjaya!

    BalasPadam
  3. Hi.. balas kunjungan untuk segmen yang sama. Saya dah follow ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila2..terima kasih ye. Saya on the way follow dah ni.. :)

      Padam
  4. singgah-menyinggah ni....

    BalasPadam
  5. datang dr segment yg sama salam kenal, salam ukhwah... :)

    BalasPadam
  6. Assalam. In sha Allah. Semoga tercapai cita2 saudara.

    BalasPadam
  7. Dari segmen yang sama..salam kunjungan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. :) Saya akan berkunjung ke blog Asma Dinie jugak nanti. Lek ye...

      Padam
  8. mamamyja balas kunjungan.

    BalasPadam
  9. Singgah & follow dari segmena yang sama...

    http://www.myideakini.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
  10. Singgah sini. Happy blogging & BW.

    BalasPadam
  11. Hobi mengambil gambar memang bagus ... saya mula dikenali dengan blog adalah kerana gambar. Obses dengan kamera DSLR SOny, saya kongsikan gambar2 menerusi blog.

    Oh ya, terima kasih sbb sudi join segmen saya ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama bang.

      Saya lebih kepada analogue camera. Tapi kos untuk develop filem sekarang mahal sangat.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.