Nak Jadi Ayah

Assalamu'alaikum,

Bulan ni dah masuk tiga bulan kami kawen. Alhamdulillah, cukup makan, cukup pakai.

Hari ni aku teringat balik kata-kata salah seorang office mate sebelum aku kawen hari tu. "Kham, hang ingat... kawen ni benda besar. Jangan ambil mudah. Especially masa bini hang tu tengah awal-awal peknen. Ngada-ngada dia, manja dia lain macam oh!."

Dia sambung lagi,"Tapi bukan bini hang tu buat-buat... memang lagu tu orang peknen."

Masa tu aku wat lek wat pis je. Maklumlah, aku masa tu belum kawen lagi... mana aku nak hadam semua benda tu. Dah tu nye, tempoh hari aku ada bawak pergi cek dekat Klinik Dr Arisah, Subang Bestari sebab bini aku demam dan muntah-muntah dah banyak hari. Alhamdulillah, betul la sangkaan kami. Bini aku peknen!

Rupa-rupanya, semua yang office mate aku pernah cakap tu, semuanya betul. Tiada yang betul melainkan yang betul-betul belaka. Ya Allah, manja ngalahkan budak kecik, mengada tak payah nak cakap. Merengek-rengek oh. Tapi part yang paling kesian, muntah-muntah. Jamah sikit je padahal makanan... wekkkk~ wekkk~. Sampai kena masuk air.


Fuh~ gini rupanya jaga orang peknen.

So, setakat ni aku bagi Folic Asid punya tablet je la kat beliau. Doktor yang bagi sebenarnya... Aku tukang suruh telan je. Benda lain aku tak tahu nak bagi apa. Kitorang ada tanya pasal suppliment shaklee la semua tu. Doktor cakap tak perlu lagi awal-awal ni. Cukup dengan Folic Asid je untuk membantu perkembangan bayi tu. Dia cakap lagi sebulan dah boleh bukak buku pink ke ape tah kaler buku tu. Musykil jugak aku, kenapa buku tu kaler pink.

Apa-apa pun aku bersyukur sebab bini aku peknen, sebab keadaan dia okay walaupun alahan teruk. Kalau ada yang baca ni, apa yang korang atau bini korang makan ek kalau muntah-muntah teruk? Bini aku, doktor bagi Maxalon tak boleh blah, cramp oh perut.

Bincangkan....

Tenkiu sudi baca.

kA: Baru aku tahu, walaupun korang staff hospital... tak semestinya hospital cover kalau korang warded ke apa.

Ulasan

(9)
  1. Huyoo... congrats KA! Jaga dia baik2 KA, hang kena rasa sangat2 bersyukur la sebab hang tu lelaki KA... heheh ;3

    Sorry sebab aku tak boleh nak kongsi tips ke apa dalam hal ni sebab aku pun blur macam hang jugak, tapi tetap nak komen jugak hihuu :3

    Apa2 pun aku doakan semoga semuanya OK buat hang n wife, aminnn ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Plain. InsyaAllah weh... hg pon kena cepat2. :P

      Amin...

      Padam
    2. kahkah... InsyaaAllah, tapi aku takkan cerita la kat blog, private life aku suka keep it private :P

      Padam
    3. haha... okay, sekadar sepatah dua kata pun takkan takleh? :P

      Padam
  2. tahniah bakal terima ahli baru dalam keluarga :)

    BalasPadam
  3. Tahniah..PC belum ada pengalaman jadi tak dapat nak kongsi apa2 tips....

    BalasPadam
  4. Bagitau kat akak sabar ye, takpe pahala semua nii. Hihi
    *bajet brpengalaman je*

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. betul la tu. InsyaAllah.. terima kasih ye Fatihah :) btw, nama belakang saya Fatihah... Khamsi Fatihah. :P

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.