Assalamu'alaikum,
Malam ni saje nak share street food kawasan sekitar rumah ni. Kalau ada yang duk area Subang Bestari ni mesti kenal punyalah warung laksa tepi jalan utama ni.
Dengan harga RM4 sebungkus, korang confirm puas hati. Puas hati dengan kuah dia yang pekat dan penuh isi ikan. Mi laksa dia pun fresh dan pejal. Bau dia... uih, semerbak! Lalu je depan warung dia boleh kecur liur oh!
Saya nak share location, tapi tak jumpa. Kalau nak terai search GPS, boleh search Petronas Subang Bestari. Warung tu belah kiri sebelum sampai Petronas.
Kedai dia pun ada jual cendol dan cendol pulut. Korang jangan risau, cendol dia sedap tak rasa kapur. Tu tanda dia cendol tu dorang buat sendiri. Fresh dari dapur terus ke warung terus ke perut.
Ape lagi, gerak le... tapi jangan pergi malam ye. Takde. Kalau nak merasa makan laksa kat situ malam, bawak laksa sendiri.
Selamat menerai!
Assalam. Boleh cari gerai laksa ni. My boy suka sangat laksa. Saya di sungai buluh, tak jauh dari subang bestari.
BalasPadamWsalam .. sila2. serius tak menyesal :)
Padamlike laksa.. serius sedap. kalau serius leh try. dekat jer ngan mamamyja nyer place nih. haha
BalasPadamhehe.. tak tipu punya. Cukup bahan.. tapi saya lagi suka kalau ada nenas.
Padamletak nenas?? sure manis lagi kan? hihik btw nanti mamamyja nak g try lah.
PadamTak manis sangat... tapi rasa masam nenas tu yang syok.. bau dia lagi. pergh! Cayaq!
Padamkalau lagu ni ka, mmg nk kena pi terai la.. hahaha
BalasPadamOf course Pha Is.. meleleh baq ang.. :P
Padamwah... mesti sedap nikan...
BalasPadamYup, kena terai.. best dan pekat oh!
Padamsedap eh, saya peminat laksa juga ni
BalasPadamYup, puan tinggal kat mana? Kalau dekat singgah lah :)
Padamsedapnyaa cendol pulut.. lama tak makan.. sini payah sikit nak dpt hat piaww mcm tepi jalan..
BalasPadamEh, Husna ada kat mana sekarang? Kat sini memang sedap!
PadamPergghhh memang nampak menarik laksa ni .. terliur dah weihhh
BalasPadamApa lagi bang.. jangan lupa serbu! hahaha
Padam