Baby Tengah Berenang

Assalamu'alaikum,

Ingat tak saya pernah cerita pasal wife saya pegnen hari tu? Ha.. semenjak hari tu, beliau dah masuk Emergency Room dua kali sebab muntah teruk. Paling teruk yang second time tu. Muntah banyak sangat sampai keluar darah kaler coklat. Kesian kan? Saya sampai blurr kejap.

Malam tadi pulak kami pergi cek lagi dekat Klinik Dr. Arisah. Alang-alang tu kami scan sekali... Uih dia punya perasaan bila nampak baby kami tengah berenang-renang tu buat kami sengih tak berhenti.


Hehe.. cenonet lagi nye beliau. Alhamdulillah setakat ni cergas dan insyaAllah akan sentiasa sehat dan cergas sampai lahir. Doakan ye kawan-kawan!

Ulasan

(2)
  1. alolo comelnyaaa :D
    semoga mama baby dan baby sentiasa sihat, aamiin :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.