Big Brother Kota Damansara; Where Great Food and Great People Meet

Assalamu'alaikum,

Bila kita cakap pasal orang mengandung, tak sah kalau kita tinggalkan perkataan mengidam sekali. Seolah-olah perkataan mengidam tu memang wujud untuk melengkapi pasangannya, mengandung. Begutulah kekdahnya dengan isteri saya.

Setakat ni dia mengidam sikit-sikit je. Tu pun sekadar nak hilangkan loya dia.

Semalam pun sama, mengidam nak makan spaghetti yang creamy creamy katanya. Carbonara la tu. Mulanya kami nak makan dekat Pizza Hut je. Tapi nasib baik Pizza Hut Subang Bestari semalam penuh. Ramai jugak menunggu. Saya bukan apa... Bagi saya tak berbaloi kalau nak makan spaghetti Pizza Hut. Rasa tak cukup pure.

Makanya lepas whatsapp kawan-kawan, ada yang syorkan Big Brother Kota Damansara. Kami pun carilah. Well, kedai dia sederhana besar dengan hiasan dalaman bercirikan arts dan kebaratan. Dinding kiri kanan dorang hias dengan gambar street dan architecture which is stail habes. Jarak antara meja pun selesa.


Cantik kan?

Let see apa yang Big Brother ni hidangkan.





Mostly Italian foods. Ada pasta, pizza dan ada jugak makanan western lain. Harganya dalam lingkungan harga normal untuk makanan jenis ni. (Tapi ada kawan cakap dekat Wood and Steel lagi murah... Wallahu a'lam. Nanti kami terai, kami share ye)

Apa yang kami order?

Untuk saya, saya order Spaghetti Beef Bolognaise dengan air Ribena Lychee Soda. Rasa dia? Sedap sebab saya suka kuah bolognaise daging dia. Sebati dan serasi dengan rasa tomato. Rasa dalam 7/10 kot. Air tu pulak memang sedap dan menyegarkan, especially lepas kita makan makanan berminyak tu.



Wife saya pulak, dia order Spaghetti Carbonara Beef. Suke sangat la dia dapat spaghetti creamy creamy tu. Dia order air tembikai. Well, nak komen apa air tembikai... sememangnya refreshing. Gitulah ceritanya pasal dua hidangan yang kami order ni. Kawan saya cakap, nanchos dia sedap. Walaupun dorang (Big Brother) kategorikan sebagai Entree tapi sebenarnya saiz hidangan dia besar oh. Even spaghetti ni pun jenuh kami nak settlekan.


Kesimpulannya, Big Brother sedap, selesa dan harga berpatutan. Bagi saya dengan harga ni makan sekali sekala boleh lah. Saya bukan anak menteri. Sekian.

Ulasan

(6)
  1. Tadi sudah komen, bila submit tetiba WIFI bateri kong. Tak pasti sudah masuk ke belum sebab tak nampak. Anyway saya sudah join ini blog. Incase ada masa jenjalanlah seround 2 ke sini:- http://emjay-freedom.blogspot.my/. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh.. sekarang nampak dah. So yang komen awal tadi memang tak masuk lah bila WIFI kong.

      Padam
    2. Boleh.. semestinya. :) Terima kasih ye:)

      Padam
  2. husna lagi suka bolognese.. carbonara cepat muak.. tp xtawu laa in future kan.. org ckp mak2 ngandung nih suka ngidam benda yg diorg tak pernah mkn pon sbelum nih.. hahaha..

    well, tahniah en. khamsi, jaga akak elok2..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia tak suka sangat rasa tomato tu sebab suka yang creamy kot. Haha..boleh jadi.

      Terima kasih Husna. :)

      Padam
  3. Assalam TUan Khamsi, alhamdulillah.. masa saya mengandung, saya tak mengidam apa pun.. cumaaaa sukaaa sangat beger ramli tepi jalan tuu.. itupun ada tak pe tak de pun tak pe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.