Singgang Daging; Masakan Campak-Campak

Assalamu'alaikum,

Tengok tajuk pun mesti korang tahu kan apa yang dipanggil masakan campak-campak ni? Ke ada yang tak tahu?. Masakan campak-campak ni cerita dia adalah masakan senang dan sesuai untuk dimasak time-time kemalasan melanda. So, singgang daging ni pun termasuk di dalam kaum kerabat masakan campak-campak sebab kita main campak je bahan lepas tu rasa.


Siapa yang tak pernah masak ni meh nak bagitahu bahan-bahan dia. Sangat simple... Korang kena ada daging hiris nipis-nipis, cili kering, ketumbar, bawang putih, bawang merah, asam keping, lengkuas, garam dan MSG kalau suka.

Sukatan dia? Nama pun campak-campak... korang panaskan air dalam periuk, masukkan daging dan masukkan je semua bahan. Pastu masukkan perasa sampai lah korang rasa puas hati. Tunggu sampai daging lembut dan siap!.

Senang kan? pssst... hati-hati dengan sukatan asam keping. Kalau 500gram daging cukup dengan maksimum 3 keping yang kecik ataupun dua keping yang besar.

Jangan lupa terai!

Ulasan

(23)
  1. ke ada yg tak tahu????

    Gulllpppssss.... Meeeeeee... Misaki tak tahu ahahahahhaa..

    DAGING!!!!!! TT^TT lamanya tak makan.. :'( Kalau dapat daging masak merah ke, daging semua jenis masakan perghhhh sedapnya :D :D :D

    alahai.. org paling tak suka lengkuas dlm masakan =_= ahahaha XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lengkuas bagi cukup rasa je.. bukan kena gigit pun lengkuas tu.. hehe. Terai la.. :)

      Padam
    2. ngahahaha.. insyaAllah... (malas deh sekarang ni) XD

      nanti Misaki try :D lagioun daging faveret XD

      gulppp.. tak ke rasa kuah tu lain kalau tahu ada lengkuas dlm tu XD

      Padam
    3. Hahaha.. xde la teruk nau rase dia Misaki oi..

      Padam
  2. Kalau nama yg campak2 ni mmg takyah tanya la sukatan kan? Semua ikut sedap campak je. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..itulah. Tapi saya masak benda lain pon jarang sukat betul2.. kalau baking je baru ikut sukatan..

      Padam
    2. Hahaha. Sy selalu yg ikut sukatan tu yg selalu tak menjadi. Sebab tu suka main campak aje. Haha

      Padam
    3. Sama lah..nak2 yang ada sukat gram or ml.. memang out! hehe

      Padam
  3. Ibu-ibu bekerja seperti Mrs. A ni memang tau sangat jenis masakan campak-campak nih!
    Mujurlah anak-anak tak cerewet, makan aje apa yang ibu depa masak.

    BalasPadam
  4. hehe.. banyak jugak sebenarnya resepi campak-campak yang sedap sebenarnya :)

    BalasPadam
  5. tawu!!! kalau dah malas sgt husna belasah ni jer.. itupon sedap main hirup pepanas..:D

    BalasPadam
  6. Singgah sini.jemput join giveaway saya ye..

    Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network

    http://qiyasaad.blogspot.my/2015/12/gold-giveaway-1-by-qiya-saad-powered-by.html?m=0

    BalasPadam
  7. slalu masak singgang ikan.. daging ni pestime tgk

    BalasPadam
  8. Saya ni boleh dikatakan penggemar daging .. tapi malangnya, selama hidup tak pernah lagi merasa menu dan masakan daging singgang ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terai la bang. Simple, cepat dimasak, menambahkan selera. :)

      Padam
  9. memang senang kan buat singgang ni..hehe

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum stanzaku, saya ada create segment baru http://mimiebella91.blogspot.my/2016/01/first-mini-giveaway-by-mimiebella91.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.. InsyaAllah saya akan join.

      Padam
    2. Saya dah join.. tapi kenapa saya tak boleh komen dekat blog mimiebella91 ye?

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.