SPE Beach Cleaning and Turtle Releasing Program

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah program singkat di Terengganu untuk kelmarin dan semalam. Suatu aktiviti ringkas namun amat terkesan.




UZMA GROUP sekali lagi menjadi salah satu daripada syarikat-syarikat penaja platinum untuk program tersebut. Program anjuran bersama Yayasan Di Raja Sultan Mizan dan Society of Petroleum Engineers bahagian Kerteh itu sebenarnya sudah bermula pada hari Khamis lagi. Program dimulakan dengan pameran-pameran daripada beberapa agensi dan syarikat, terutama yang terlibat di dalam industri minyak dan gas.




UZMA Group juga telah menyediakan sukarelawan dan sukarelawati bagi program kemuncak pada hari Ahad, iaitu program pembersihan pantai sejauh 20km dan pelepasan anak penyu bersama Sultan Mizan. Keseluruhan program berjalan sangat lancar dengan cuaca yang sangat baik.






Semoga program seperti ini dapat diadakan levih kerap. Terutama program yang melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.




Write a comment