Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Assalamu'alaikum.

Semacam semua tahu, kami dah berkahwin pada 18 September yang lepas. Well, majlis belah perempuan sebenarnya aku tak sangka pun meriah sampai beribu orang yang datang. Aku tak sangka tu sebab aku hampir tiap-tiap hari pesan cakap jangan besar sangat, nanti aku cuak nak karok!


Okay, berbalik kepada tajuk. Selepas majlis kitorang pada 19 September hari tu, kitorang stay rumah mak mertua aku sampai hari Selasa. Sepatutnya stay sampai Rabu, tapi tah macam mana pagi Selasa selepas breakfast tu kami buat keputusan nak gerak ke Kelantan hari Selasa tu jugak. Tapi nak stay kat Kuala Terengganu dulu satu malam.

Dengan hotel tak book nye, kami berkemas sepantasnya. With only a bit knowledge about Terengganu, kitorang contact semua kawan-kawan yang biasa dengan Kuala Terengganu and we ended up in Teluk Ketapang. Serius, masa nak sampai tu pun kami tak tahu apa yang ada kat Teluk Ketapang.

Sampai je aku nampak airport dan pantai yang cantik. Ada kuda dan kereta kuda! Cantik... Tapi masa tu kitorang sampai sana dah lewat petang. Sempat bergambar sikit je.





Nasib la dapat isteri yang suka berposing depan lens. Memori penuh dengan gambar dia je.

Hari kitorang sampai tu tak banyak tempat pun sempat kami lawat. Tahu-tahu dah gelap dan perut pun lapar. Kitorang berpusing jugak la mencari port makan baik. Last-last kitorang berenti makan kat satu tempat makan ni, dia macam food court sikit belah belakang-belakang airport.

Mungkin bukan nasib kami hari tu, makanan dia sangat tak worth it. Kesian bini aku. Nasib baik sempat beli keropok lekor Pak Din yang mabeles. Dah la gebu, sedap pulak tu.

Kitorang balik dan tidur dengan hati yang sedikit lara. Sobs...

(bersambung...)

Write a comment