Kipas

Assalamu'alaikum,

Musim sekarang ni boleh dikatakan setiap hari bahang. Tengah hari tak payah cakap la kan, bukan setakat bahang dah, cahaya Matahari pun sangat terik. Kadang-kadang kalau kena jadi runner untuk ke HQ pun rasa berat je. Mana taknya, panas ya Rabbi. Rasa nak terbakar muka ni kalau kena bawak motor. Nak runner pakai kereta memang taklah nak lalu Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak tu. Mahu berejam baru sampai HQ.

Nak cari gambar ekon lama tapi tak jumpe. Tv pon boleh lah. Jangan marah, ni blog aku.
sumber: dinamikemassetia
Siang panas, malam tok sah nak cakap la, kipas asyik pasang paling tinggi je putaran dia. Itupun rasa sikit-sikit je angin, sekurang-kurangnya untuk mengeringkan peluh. Nak tidur malam atas tilam pun rasa berat, tilam rasa hangat je. Kalau orang dah kahwin boleh la cakap tilam dihangatkan bini, lagi suka nak tidur atas tilam kan?. Ini aku letak badan pon dah boleh rasa melekit. Bukan tu je, mandi pagi pukul lima, dah tu keluar dari bilik mandi lima minit lepas tu pun boleh rasa hangat dah. Aku naik motor pergi kerja nak pakai sweater pon rasa rimas.

Tetiba teringat tukang kipas dalam istana dalam cerita-cerita zaman dulu. Tukang kipas tu dah lama orang tak pakai sebelum digantikan dengan kipas elektrik dan seterusnya digantikan pula dengan er kondisener. Dulu-dulu er kondisener ni yang macam kotak dengan bunyi gedek gedek dan orang letak ais je kat dalam. Sekarang dah maju dah sampai kebanyakan bangunan maju kat dalam bandar ni bertukar kepada penggunaan er kondisener.

Kalau lah rumah aku sekarang beratap zink, duk pulak tengah bandar dan kipas pulak cuma ada kipas daun palas, aku rasa memang melekit la sepanjang malam sebab kipas tak cukup kuat. Silap-silap dengan kipas aku humban ke tanah. Sama je kalau atap zink dan ada kipas syiling. Makin kuat pasang, makin bahang terasa isi alam ni. Tak kena buat, boleh mendidih otak. So, kipas kalau kat rumah pun kena tengok jenis kipas yang macam mana untuk disesuaikan dengan suasana dan jenis tempat yang macam mana kan?

Berbeza dari rumah yang kecil, sekarang ni kebanyakan orang yang dah upgrade mungkin dari segi kewangan ataupun mungkin dia upgrade minda dia, dia buang kipas dan digantikan dengan er kondisener kata omputih. Kalau yang duit tak banyak pun, mungkin dia sanggup korbankan benda-benda remeh lain untuk memastikan orang sekeliling terutama keluarga selesa dengan memasang er kondisener. Makanya, sekali lagi kipas tu orang letak tepi disebabkan kemajuan dan perubahan suasana serta keadaan. 

Itulah perihal kipas dan panas. Kipas kalau tak kena cara, orang sekeliling akan panas. Seiring kemajuan, banyak dah diganti dengan er kondisener tanpa kompromi.

Macam tu jugak apa yang aku rasa dengan kaki kipas. Tak kira lah kat tempat kerja ke, IPT ke, dengan DO, JKKK ataupun yaibi ke malah dalam dunia blogging jugak. Kalau nak maju dengan "kipas" dalam apa-apa perbuatan, baik matikan terus niat tu. Tak ke mana nanti. Sikit-sikit sudahlah... okay?

kA: Jom maju bersama er kondisener... Mau?

Ulasan

(18)
  1. motif gambar tv dengna cerit akipas?... tak relevan sangat. hihihi... tapi, suka hati tuan blog lah kan :)
    time cuaca panas, perkhidmatan kipas amat diperlukan.. nak buat camno, umah den tak de aircond. hihihi.. bab kaki kipas tu, aduhai.. tak suka tau.. boleh tak jangan dok mengipas sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekeke.. geram sangat tak jumpa gambar ekon lama. Hari tu je ada dalam PC ni haa. Akit puyak ati ittew~~~ bluwekkkk...sendiri muntah dengan sendiri punya cakap. Kan? Tak gemor kite duk kipas kuat sangat.

      Padam
  2. teringat mama abah aku kipaskan anak2 bila takde letrik.... sekarang ni... pasang kipas siling, stand fan sekalipun, hala direct ke muka... tetap rasa bahang.... bukan siang je, berlarutan ke malam..

    adakah komen aku lari dari posting sebenar...?? wuahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....! Hantam aje la labu. Kira dah masuk dah tu.. haha. Aduh, lawak la Oni. xD Betulkan, bila keadaan tak ngam, tala kipas macam mana pun tetap rasa bahang kan? hehe

      Padam
    2. Kau dengan si Bundle a.k.a Blog Sampah tu je panggil aku Oni... aku start musykil ni Khamsi... wakakkaka..... nahhhh sekarang musim panas... air takde... memang bahang... kepala panas... hati panas... astagfirullahalazimmmm....

      Padam
    3. Dah tak tahu nak panggil apa. HAHA. Takkan nak komen semata-mata nak tanya "ehem akak..akak nak saya panggil dengan nama mana ni?" HAHA

      Padam
    4. OKkkkkk.... baikkkkkkkk...... komen kau diterima oleh akal aku .... so aku akur dipanggil ONI... wuahahahhaa.....

      Padam
    5. Haha.. ke nak tambah AKAK kat depan? xD xD

      Padam
    6. Tak payonnnn nak ngengada panggil AKAK.... tua sangat.... camtu, aku panggil kau Abang Khamsi??? Uncle Khamsi.... hah ! baru kiut....

      Padam
    7. Ehhhhh...tak arh..saya gurau je. Okaayyy..takdek akak taw kat depan TAKDEK AKAK. xD

      Padam
    8. Bagussssssssssss Uncle Khamsi.... yeahhhh nama baru... yahoooooo

      Padam
  3. Walaupun zaman ini ramai orang dah pakai aircon, tapi masih ramai orang kaya raya, VVIP sentiasa membawa kipas ke mana-mana. Kalau tak bawa kipas, bagaimana nak dapat projek berjuta-juta? Peranan kipas sangat penting untuk mereka....

    BalasPadam
  4. Betul tu, peranan kipas ni memang kuat terutama ketika cuaca panas macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kalau salah kipas kita yang panas. kekeke

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.