9 Tahun Setengah

Assalamu'alaikum,

Celaka. Ye, itu yang aku rasa bila aku tak lepas nak tidur sebab fikirkan hal dunia. Semua benda terlintas walaupun kalau aku fikir balik, tak ada yang penting sangat pun. Kenapalah aku boleh terlena bila fikir soal mati? Terlena walaupun mata celik. Terlena dengan apa yang aku dapat sentuh, apa yang aku dapat rasa dan tengok.

Sedar tak sedar bulan ni dah buatkan aku lagi setengah tahun nak cukup sepuluh tahun aku berulang alik merantau di Kuala Lumpur dari Kelantan. Hari first lepas SPM aku dah siap packing semua buku teks dan pepagi lagi aku dah tercegat dekat depan pintu bilik biro buku teks MML. Lepas je habis semua proses memulangkan buku teks, aku terus ke bandar sebab nak cari tiket bas ke Kuala Lumpur. Kononnya nak cari kerja kat Kuala Lumpur, tapi sudahnya 3 bulan aku tak buat apa-apa kat Kuala Lumpur melainkan duk perabihkan tart nenas kat rumah makcik aku.

Aku belajar tentang kelangsungan hidup.

Pendahuluan episod merantau aku tak sebaik dan secerah sekarang. Walaupun aku dulu datang KL dengan harapan untuk bawak balik segulung diploma, tapi rilek je aku failkan diri. Sem last-last pulak tu. Banyak dah benda yang aku belajar dari KL ni. Yang atas kertas tak payah nak diucap, memang banyak. Yang aku buat tak tahu pun lagi banyak. Yang penting, kebanyakan benda yang aku belajar kat KL ni berkenaan survival. Satu benda yang pasti kat KL ni kalau kau sorang perantau. Kau duduk diam, kau akan mati kelaparan. Baru aku tahu peritnya sedara-sedara aku yang dulu nak memulakan hidup kat metropolis ni.

Ilmu tu penting, jaringan sosial lagi penting.

Aku tak nafikan ilmu yang kita belajar dekat kelas tu penting. Korang belajar bagai nak arwah, bersengkang mata pula nak jawab periksa. Secara jujurnya berapa ramai dari korang yang belajar kursus yang korang sedang ataupun sudah belajar yang suka dan minat apa yang korang belajar tu? Dari kecik sampai lah aku tua sekarang, kalau orang tanya aku apa yang aku paling minat, aku masih akan jawab seni terutama lukisan dan puisi. Jangan tanya sebab apa, sebab aku pun tak tahu.

Orang cakap, minat boleh dipupuk. Bagi aku agak bull shit sebab banyak benda yang aku cuba pupuk tak pernah nak menjadi minat aku. Aku cuba ambil diploma akaun, haram tak pass dan tak boleh sambung. Mungkin sebab aku dengan math memang tak ngam kot. Yang aku pasti, aku lulus diploma kali kedua pun disebabkan aku bersungguh gila nak sijil.

Tapi bila keluar je dari kolej, sijil tu aku rasa macam tiket je untuk aku buat kerja dunia ni. Sebab apa yang aku dapat sekarang ni dari Allah dan kawan-kawan yang jadi asbab. Daripada gaji aku MYR1100 kerja dengan Desa Agrotek kat Megan Avenue C tu, lompat-lompat kerja sampai lah apa yang aku ada sekarang, cuma dua tiga je aku apply pakai sijil, yang lain semua sebab kawan.

Jadi orang.

Maaf cakap, aku rasa zaman aku selepas SPM sampai awal tahun 2010 aku tak evolusi jadi orang sepenuhnya. Kau tahu perkataan useless? Tak guna? tahu kan? sebab tu kalau cakap kasar aku tak suka cakap bahasa mat saleh sebab sound dia tak cukup padu. Tapi tu lah yang aku rasa sepanjang masa tu. Perangai ya Rabbi. Main kuat, pelajaran dan agama tah ke mana. Nak salahkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri kan? Masa ni aku rasa macam mak ayah menyesal je ada aku. Stage ni rasa macam orang gila nak-nak dengan segala misai janggut aku tak shave dah macam Pengemis So.

April 2010, aku start daftar masuk IPB (Institut Profesional Baitulmal). Kat sini aku dah mula nak jadi orang. Ye lah, masa datang nak register pun kalau tak silap aku dengan sorang lagi budak laki yang datang register sendiri. Aku datang register sendiri sebab ayah aku dah fed up ngan aku (dulu fail dip). Aku umur 23, tapi dapat geng budak-budak lepas SPM masa tu buatkan aku rasa ralat gila. Tapi alhamdulillah, aku dipertemukan dengan Yus, Si Kembar, Farhan dan aku dah start balik join usrah selepas 5 tahun aku tinggalkan. Kat sini lah aku pusing otak aku 360 derajah. Kat sini jugaklah aku tambat balik kepercayaan ayah aku kat aku. Stage ni aku sangat bersyukur gila. So, sesiapa yang kenal aku dari zaman IPB onwards, korang patut bersyukur tak dan kenal dengan aku zaman jahiliyah.

Dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus

Okay, ayat kat atas tu aku ambil dari lirik nasyeed Antara dua cinta dari kumpulan The Zikr (pecahan Al Arqam dulu kalau tak silap. Anggota dorang ramai yang dah jadi ikon nasyeed Malaysia). Nasyeed ni ayah selalu pasang masa aku kecik-kecik. Banyak lagi, tapi dalam banyak-banyak lagu yang ni paling melekat dan lagu Munajat.

Orang cakap, bila dah kerja stabil, gaji okay, mesti hidup lega untuk bernafas. Sekali lagi aku berani cakap, tu tak menjamin apa-apa selagi yang korang nampak adalah dunia semata. Aku pernah diajukan dua soalan dari dua orang yang berlainan yang sampai sekarang aku blurr nak jawab soalan satu dan baru nampak sikit jawapan untuk soalan dua.

Soalan 1 : Sepanjang umur kau hidup atas muka Bumi Tuhan ni, apa pencapaian yang kau boleh banggakan, kau gi mana-mana pun kau boleh cerita? - Soalan ni aku dapat masa aku kerja 7Eleven kat Kelantan untuk 3 bulan, datang dari sorang brother yang pernah jadi samseng dan pusher. Tapi masa dia tanya tu dia dah kena kencing manis tahap parah sebab masa dia singgah 7E tu aku ingatkan mat fit dengan keadaan lembik je.

Soalan 2 : Kau belajar dari seawal 5 tahun, ada yang umur 4 tahun dah start masuk TABIKA or TADIKA, sampai masuk sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. Pastu kerja sebagai engineer contohnya (sebab yang tanya aku tu pun engineer). Kau belajar dah pening, kerja pulak pening. Keluar ke pejabat Matahari tak timbul, balik rumah Matahari dah tenggelam. Kau nak rasa hidup kau bila? Lepas pencen? Masa tu kau dah tak larat banyak dah. Performance kau dah start merudum baik fizikal mahupun batin. Betulkah ni hidup yang kau nak?

Bersyukur

Walau apa pun yang aku pernah lalu, seperit mana pun aku. Alhamdulillah, Dia mengajar dan menegur aku dari pengalaman banyaknya, dari pembacaan mungkin 10-20%. Aku bersyukur aku jumpa jalan putih usai aku lalu jalan hitam. Ingat, dunia ni adalah alat untuk menggapai apa yang ada kat sana. Dunia bukan target mahupun destinasi.

Ulasan

(15)
  1. Terbaik bro...keep it up. Aku dulu belajar diploma makan masa Lima tahun lebih baru habis. Mcm2 kerja dah aku buat..sekarang jd pakguard.
    Target tahun depan nk JD artis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun depan ape. Lepas raya pun aku dapat nampak ko jadi artis.. hmmm (muke serius tahap sofi jikan). Pak gad sekarang masyuk.. sepupu aku muda2 jadi pak gad.. tp duit berkepuk..

      Padam
  2. setiap org ada zaman jahilliahnya sendri..timm pun sma..kdang2 klau ingat balik, malu sgt..tpi biasalah..pengalman hdup byk mematngkan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau ingat balik..bukan setakat malu. Saya bengang, marah, benci dan geram dengan diri saya dulu.. tapi dalam pada tu saya masih bangga keran seteruk perangai saya, tak pernah saya sentuh drugs, drinks, women.. Cuma perangai kutu lah y menebal.. konon nak jadi lara kota la.. kononnye.

      Padam
  3. Hmm.. merenung masa depan jap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yun SIng.. Sepatutnye.. Kalau masa silam tak best macam saya, kita renungkan dan cuba twist sikit attitude dan cara kerja kita biar masa depan kita jadi bertambah baik taw.. Kalau masa silam kita lagi best dr masa sekarang, pun kena tenung jugak macam mana nk dapatkan kegemilangan silam tu balik..

      Padam
  4. sy suka ayat kau dudokdiam kau mati kelaparan..hurmmm mmg betul n sy setuju sgt2.atas sbb kelangsungan hidup yg semakin mendesak...dan didesak..nak xnak pun kit akan terikut sesekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, even kalau ada duit pun, kalau kita duk saja tak dak orang y nak suapkan kita.. lainlah kalau kaya gila siap ada amah, supir, misi peribadi, doktor peribadi, tukang urut peribadi, tukang masak peribadi bla bla bla n list goes on......

      Padam
  5. Good Job K.A . Entry yang sangat bermakna . Jangan risau , pasti ada ganjaran di setiap kesusahan hidup kita . Kuncinya adalah jangan pernah putus asa . Nik doakan yang terbaik untuk K.A

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah Nik. Saya pon doakan yang terbaik untuk Nik dan rakan blogger yang lain juga ^.^ Sebenarnya, walau apa jua y kita lalui, ambil je sebagai positif. Sebab benda y lepas kita tak mampu sentuh balik, kalau kita nak amek sebagai benda negatif, efek kita y sekarang dan kita y masa depan..

      Padam
  6. Aku belajar sampai SPM je.... melalui zaman jahilliyah yang sungguh teruk.... dah kawin ni baru rasa jadi orang, hurm.. kehidupan orang berbeza2 kan....?? aku ni dah la susah dilentur oleh orang lain... eh tercerita pasal aku lagi... haishhh

    Anyway, gudluck Khamsi.... (tenung jejauh sambil bulatkan mata)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau susah nak dilentur oleh orang lain, kita dari dalam ni kena kuat dan tegas la Oni dengan diri kita.. jangan bagi sedikit pun peluang untuk buat silap. Paling tinggi pun itu harapan kita kan. Biar punya matlamat setinggi langit, sekiranya tersasar sekurangnya kita masih punya awan untuk dicapai..

      Haha..terima kasih Oni.

      Padam
  7. Terima kasih M.Nick jugak.. Sebab buat segmen y sempoi dan simple.. sebab saya tak minat sangat segmen pelik2..

    BalasPadam
  8. Ini semua perit getir kehidupan.. tak de orang yang dilahirkan hidup senang dan hidup tidak mencabar kalau tiada dugaan dan cabaran.. cabaran mematangkan kita.. kalau kita berada dalam keadaan selasa.. mungkin sampai ke hari ini pun kita tak sedar dan tak insaf.. bersyukur sebab dikurniakan hidup yang dulunya huru hara.. betul bukan senang hidup di KL.. sebab Fiza pun pernah menjalani hidup yang sama.. tapi ingat.. kita ada tuhan.. kita boleh memohon untuk dipermudahkan urusan hidup.. jgn jemu berdoa kerana Allah tidak akan memberi dugaan kepada kita kalau kita tidak mampu menghadapinya...

    BalasPadam
  9. Betul Fiza.. Last2 kita jugak yang mencorakkan hidup kita. Last2 semuanya antara kita dan Dia.. Terima kasih untuk komentar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.