Pelapis Masa Depan Negara

Assalamu'alaikum,

Amboi, mentang-mentang posa korang duk mengular ye? Macam mana iman setakat hari ni? Ada oke? Sama-samalah kita mengingatkan ye. InsyaAllah entri kali ni simple dan pendek je, hanya untuk menyambung entri yang semalam. Semalam aku ada cakap nak share gambar kan? Gambar mana? Hmm.. tak baca la tu entri semalam. Ni ha...

taken using Yashica MG-1 loaded with Kodak Ultramax 400 | Plaza Imbi
Itu baru sebahagian dan itu bukan gambar hiasan. Maaf, gambar je takdek suara. Sebagusnya korang pergi lah hari Sabtu ataupun Ahad kat sini untuk mengalami suasana yang sangat best.

Zaman aku pun, aku ni kutu jugak. Kaki lepak dan jugak gila-gila tapi serius aku cakap, aku takde lah sampai nak maki-maki member, panggil member dengan panggilan kemaluan dan najis berat. Nama binatang tu ada jugak lah tapinye. Tapinye lagi, budak-budak ni tak rasa bengang ke kawan-kawan dorang panggil dengan nama (dengan izin) BABI? CELAKA? ANJING? panggil tu, bukan macam "celakalah, mana pergi dompet aku", yang macam ni mencelakakan diri sendiri, so aku malas nak cakap apa. Ini sampai mencelakakan orang lain. Apa pun tak boleh. (Oke, para ni bila aku baca balik aku macam tak faham)

Kenapa aku duk kalut persoalkan benda ni? Ini semua sebab mereka ni pelapis pemimpin negara masa  depan oi. Kita duk sibuk nak meninggalkan dunia yang lebih baik untuk anak-anak, tapi adakah kita nak meninggalkan anak-anak yang baik untuk dunia? Ke tepu dah dengan perangai anak-anak masing-masing?. Takkan kita nak tengok pemimpin negara nanti duk ber(dengan izin)BABI dalam parlimen dan dewan rakyat? Cukup 40 kali kang semua wakil rakyat nanti jadi (dengan izin) BABI pula. Cukuplah dengan perangai wakil rakyat kita pada hari ni yang duk bergaduh macam budak-budak yang tak pernah kenal buku pendidikan Islam ataupun Moral.

Cukuplah kot aku merapu. Satu pos satu gambar dah la ek. Tak koser aku nak perabih kuota. Selamat berpuasa semua. Kurangkan binatang haram dalam percakapan tambahkan ikhlas dalam perbuatan. ^.^y

Ulasan

(20)
  1. Yes Nik setuju sangat ! Sekarang sesuka hati je nak panggil orang dengan nama-nama binatang . Kalau orang tu tak suka , dosa free dapat kat kita .

    P/S : Banyak betul 'dengan izin' . Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. p/s: Tak leh Nik, kang saya kena cop kaki maki lak. :P Lagipun, ada gaya pembaca berita sikitxD

      Padam
    2. Amboi hahaha . Memang ada gaya pembaca berita .

      Padam
    3. Haha.. amboih. Dan-dan la Nik ni.

      Padam
    4. Ada teringin nak jadi pembaca berita ? Hahahaha

      Padam
    5. Taknaklah. Buat apa baca berita karangan tuan. Berita sekarang sudah banyak yang menjauhi nyata. Diceritanya macam marhaen sekarang ilmunya masih buta.. hmm. Kebebasan bersuara hilang, ketelusan memudar.

      Padam
    6. Yes . Setuju ! Kadang-kadang diri sendiri takut nak percaya pada berita . Kalau tak tengok nanti tak tahu isu semasa . Lebih menakutkan kalau berita itu adalah fitnah semata-mata .

      Padam
    7. Sebanrnya, internet lagi reliable. Kita boleh cross check dengan pelbagai sumber. Jangan jadi beku taw. Saya perasan bila kita cakap "saya tahu dari internet" mesti orang akan cakap "ah, internet, macam2 boleh buat". Haih, dorang ingat kalau keluar televisyen tu konfirm2 dan soheh? Saya dah beberapa bulan tak tengok tv.. last tengok, discovery channel..

      Padam
  2. entry ini sangat tepat....sebagai pelapis negara kita mesti nak para remaja kita mempunyai kualiti yang tinggi...ini kekadang aku tengok para remaja kita, aku pun tak yakin..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm..ada yang berlian di sebalik timbunan kaca. Dan ada yang kita nampak kaca yang sebenarnya berlian yang belum digilap. Sekarang ni, kita dah berada pada tahap tukang gilap, kita pun ada fungsi jugak ni dalam mengarah dorang ke arah yang betul. :) Terima kasih Lan :)

      Padam
  3. Sakit..bingit telinga kalau kena maki mcm tu.. Kita ni ibarat kata lah kan..hormati diri sendiri agar org lain menghormari kita juga.. Kenapa ada yg perlu cakap seumpama men 'celekakan diri' ...dah terbaisa lah tu !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu tak apa. Tangan ni kadang-kadang rasa jugak ringannya.

      Padam
  4. Pindah pulak pakcik nie... ok...ok... done follow...

    Selamat Berpuasa Khamsi... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..jangan la marah kiteeee..

      Terima kasih Acik dan selamat berpuasa, bersahur dan berbuka puasa untuk Acik dan keluarga okay! :)

      Padam
  5. Err tak pernah pulak lepak dekatsini T.T Salam Ramadhan Khamsi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah tak pernah tu, jangan pulak nak try taw!

      Padam
  6. Cikgu sejarah kami selalu panggil anak murid 'tenuk'...tp kami masih sayang beliau. eceh...salah satunya sebab dia senang dapat markah. haha~~ 'tenuk-tenuk semua, buat peta minda bab 1-20?'--dengan sengih nampak gigi. -itu saja sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaaha! xD dah kenapa? Ehem..tenuk comel gak sebenarnya... ekceli, comel jauh lah kalau nak compare ngan (dengan izin) babi. Cikgu kitorang kebanyakan jenis yang skema, kecuali cikgu math, sebab tak tahan ada student dia tak pernah hantar homework dari darjah 3. =.=

      Padam
  7. Aku kalau pergi Bukit Bintang, Pavi, Times Square atau adik beradik dia lah kan... "pelapis2 masa depan negara" ni akan usha aku macam aku buat salah.... bagus kehidupan depa ni... kecik2 makpak dah lepas keluar... kalau aku... takdelah dapat gini....

    Part "dengan izin" tu... sangatlah comel.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm.. usha slack tu dah jadi macam benda wajib dah bebudak tu. Nak buat macam mana, kena ada yang tegur tu Oni.

      Eh, saya memang comel la Oni. :D

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.