Sepetang Di Lapangan Terbang Sultan Muhammad IV

Assalamu'alaikum sedara sedari cikebom2. Kaifa haluka today? InsyaAllah semuanya dalam keadaan sihat la hendaknya. Semalam seperti yang aku dan Baniey(adik no.3 aku) rancang, kitorang nak shoot gambar kapal terbang dari bawah masa beliau nak mendaratkan diri kat epot tu. Ye, alhamdulillah..kami sampai dan sempat amek port baik punye.


Masa sampai tu kitorang dah nampak dah ada satu kapal terbang turun. Tapi kamera kitorang tak kuarkan lagi sebab adik aku cakap " Rilek long, besenye petang2 gini ada 2 3 bijik lagi kapal terbang akan mendarat dengan hensemnya". "Fine!" aku cakap..kite tunggu dulu. 






Well, korang perasan tak gambar2 kat atas yang agak2 tak berapa ada kene mengena ngan kapal terbang yang bakal turun?. Memandangkan kat situ tak de banyak subjek, dan sejam lebih kitorang tunggu kapal terbang yang tak turun2..gambar mereka2 ni je la yang mampu aku snap. 


Lebih kurang pukul 7.20 petang, aku ngan adik aku dah nekad dah nak tunggu 1 lagi can. Kalau takde gak kapal terbang sebelum pukul 7.30, kitorang chow!. Korang nak tahu ape yang jadi? da dekat pukul 7.30, ada nampak kelip2 lampu kapal terbang dari altitud yang malangnya tidak diketahui. Dengan
kontrol cunnye,.. shiuu...lalu kat atas kepala kitorang. Ingat nak terus mendarat, tapi die amek side dulu..die kasi U-Turn se-lap. Ape lagi, kitorang berlari2 anak ikan la amek port tadi balik.

Lari2 anak ikan~~ =.="


Gambar kat atas ni mase sebelum kapal terbang tu U-Turn. Gambar yang mase die nak mendarat lak memang segan aku nak letak kat sini lagi. Nampak ekor je ha..tah nape kamera takleh nak fokus lak! Usaha kami menunggu selama sejam lebih dah berbau kesiaannye. Well...kitoang chow je la tros, nak lepak lama lagi pon dah maghrib.

Tiang2 lampu yang tak berbuah ni je la yang mampu mengubat kepedihan
penantian..hmm..
Masjid Tok Sadang

So, aktiviti petang tu dapat bagi satu pengajaran kat aku. Masa yang berlalu lagi pantas dari cahaya. Sejam yang berlalu tu macam pedih je rase tanpa dapat tangkapan..haa. Papehal, aku really enjoy masa aku kat kampung ni. Hari ni nak gi minum air kelapa kat pantai la pulak. Sok hari baniey dah nak gi UiTM Bukit Mertajam lak. 

Assalam sumer..nak siap2 plak. =)

Write a comment