Pertama Kali Acah-Acah Buat Street Photography

 


Masih lagi cerita pada tahun-tahun awal saya kembali berjinak-jinak dengan kamera filem. Sekitar tahun 2013 saya didedahkan atau lebih tepat mendedahkan diri sendiri dengan genre street photography. Masa ni baru start perasan genre ni lebih kena dengan jiwa saya yang suka memerhati aliran kehidupan. 

Masa ni jugalah saya cuba-cuba dan belajar memberanikan diri snap gambar orang-orang betul-betul depan muka mereka. Ye lah, saya pun pakai rangefinder 35mm je. Bukan boleh zoom pun kan. Lagipun masa ni tak silap saya, saya start baca-baca dan jadikan Daido Moriyama & Bruce Gilden sebagai rujukan. Sedikit sebanyak, terpengaruh untuk mencuba teknik-teknik yang dikongsi.

Bawah ni antara gambar-gambar yang saya sempat snap. Semuanya sekitar Bukit Bintang dan lorong-lorong sekitar. 










Gambar-gambar lain kebanyakannya sangat random sebab tengah kawal emosi dan gugup menghala lensa di tempat awam. Kamera filem pula tu... mengundang perhatian orang. Kalau yang jenis kompak dan automatik orang tak perasan sangat, tapi sebab Yashica MG-1 ni dia kena pulas film advance lever tu, orang pun ada bertanya-tanya. 

Dengan nak adjust komposisi lagi, melilau cari subjek lagi. Berpeluh mat!

Kat bawah ni saya share gambar-gambar laiin dari roll sama, Kodak Colorplus 200.
















Begitulah kisah roll fotografi jalanan pertama saya. Banyak lagi gambar-gambar lama yang saya nak dump kat blog ni. Bagi korang yang tak minat sangat nak tengok gammbar-gambar yang sangat random ni. mintak maaf la ya. saya ingat saya nak simpan sini banyak-banyak gambar random yang saya ambik sebagai rujukan masa hadapan. 


Ulasan

(2)
  1. Nk jd photog ni mmg kena tebalkan kulit muka kn? Kalau malu xkn dpt nk ambik gambar random mcm ni.. apalagi dump saja gambar lain.. syg pulak x save kt sini

    BalasPadam
  2. Kenangan tu. Betapa beraninya ambik gambar dekat². Kalau Fiza lah... Memang menggeletar tangan. 🤭

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.