Mencuba Melakar Lagi


Lama sangat dah tak sketching² ni. Baru-baru ni timbul rasa nak sketch... tapi tu lah. Nak betul² sketch macam zaman bujang dulu tak banyak masa dah. 

Baru² ni ada terfikir nak beli warna air Winsor & Newton, travel set punya. Tapi memikirkan saya ni bukannya artis serius pun dan saya jenis tak suka bawa barang banyak dalam beg, saya cari alternatif lain. 

Lepas usha² dalam IG dan youtube, urban sketching macam best dan banyak je urban sketching pakai pen dakwat yang boleh serap air dan pakai berus air je. So, sekarang ni dalam beg saya letak fountain pen Pilot Kaküno dengan mata fine nib , Pilot Gel Pen 1.0 G-2, Pensel mekanikal Uni Kurutoga, pemadam dan sketch book. 

Bila² masa rasa nak sketch, walaupun ada 2 3 writing instruments. Saya selalunya capai FP Pilot Kaküno je. Orang Kelantan cakap sekadar "wat ile puah." Setakat ni belum buat live sketching kat luar rumah lagi. InsyaAllah soon. 

Tadi masa duk mengajar Khayla buat latihan sains, sempat sketch dia. Keras kejung dah jarinya. Nak lembutkan balik memang ambil masa la kan. Pilot Kaküno ni memang sedap sangat nib dia. Ink flow pun lancar je dan memang sesuai sangat untuk sesiapa yang baru² nak guna fountain pen. Boleh baca review or tengok review kat youtube ye geng. 

That's all for entry kali ni.

Baru perasan takde lagi entry wish Ramadan. Selamat menyambut Ramadan ye buat semua yang terbaca entry saya ni. 

Kalau perasan, stanzaku.com dah takde dan saya balik kepada subdomain blogspot. Memandangkan dah tak kerap posting, biar je lah pakai subdomain ni... F.O.C.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. 

Ulasan

(3)
  1. tangan berseni :) teringin juga nak melakar, tapi tak ada bakat. mewarna ok lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.