Victorinox Huntsman Multitool; Sesuai Dibawa Setiap Hari

Untuk abang-abang di luar sana yang handyman atau jenis tangan tak duduk diam. Saya pasti kebanyakannya ada satu multi-tool dalam simpanan. Tak kira yang macam mana atau dari jenama apa, pastinya multi-tool sangat banyak membantu dengan pantas sekiranya diperlukan. 


Bagi saya, Victorinox Huntsman ni sangat memudahkan saya untuk kerja-kerja seharian berdasarkan keperluan saya. Sebelum ni saya aktif memburu bahan bonsai untuk dibuat mame bonsai. Selalunya saya mencari pokok-pokok bersaiz renek dari spesis Ficus. Samada Benjamina, Religiosa, Microcarpa atau lain-lain. Tak dilupa juga dari spesis kesinai (Streblus Asper) yang banyak terdapat di pinggir-pinggir jalan saya pergi dan balik kerja. 

Dengan adanya Huntsman terselit di poket beg kecil saya, sambil-sambil balik dari tempat kerja pun boleh gali dan potong-potong. Mata gergaji dengan kepanjangan yang sesuai ditambah pula ada gunting yang kedua-keduanya dengan ketajaman yang sempurna memang berguna. 

Antara peralatan yang ada pada multi-tool Huntsman ni adalah:
  1. Reamer, punch and sewing awl
  2. Key ring
  3. Multipurpose hook
  4. Blade, small
  5. Toothpick
  6. Can opener
  7. screwdriver 3 mm
  8. Corkscrew
  9. Tweezers
  10. Bottle opener
  11. screwdriver 6 mm
  12. wire stripper
  13. Scissors
  14. Blade, large
  15. Wood saw
Peralatan yang kerap saya gunakan semestinya mata pisau yang besar digunakan untuk memotong hampir kesemua benda. 

Pembuka tin untuk membuka tin susu juga bagi saya lebih mudah digunakan berbanding pembuka tin yang ada di rumah. 

Bottle opener pun tak payah cakap, selalu digunakan untuk buka botol kicap Cap Kipas Udang dan botol-botol lain. Kalau perasan ada ruang kecil di pangkalnya tu, itu untuk meraut wayar. Pun berguna untuk projek-projek DIY yang melibatkan elektronik.

Mata gergaji juga saya gunakan untuk projek-projek DIY kecil yang melibatkan kayu pine sebab kayu pine senang sikit untuk diubah bentuknya. 

Paling bagus sebab model Huntsman ni ada gunting. Banyak benda boleh dipotong. Tag harga, cable tie, bungkusan penghantaran, kertas dan macam-macam lagi.

Reamer pun ada juga guna tapi jarang-jarang. Tapi bagi orang yang memakai tali pinggang khusunya, benda ni sangat berguna waktu nak tebuk lubang baru. 

Namanya pun multi-tool kan? Memang sangat berguna di waktu kecemasan. Kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Lagipun multi-tool daripada Victorinox Swiss-Army Knife ni ada bermacam model mengikut kesesuaian dan keperluan pengguna. 

Selain Victorinox, SOG, Gerber, DeWalt, BOSCH, Coleman dan banyak lagi jenama lain yang ada mengeluarkan multi-tool yang padu untuk dipilih. 

Anda guna multi-tool yang mana?

Ulasan

(7)
  1. hebat juga kalau aada tool ini

    BalasPadam
  2. Dulu ada tools ni.. senang klau pi mana2..
    Tapi sayang taktau mana pi hilang sebab byk pindah randah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Apa lagi.. angkatlah satu balik hehe

      Padam
  3. Teringat pernah menang hadiah dapat swiss knife lebih kurang macamni. Ada screwdriver, pisau kecik, dan macam2 lagi function. Entah kenapa satu hari travel naik flight terlupa nak check in, bila lalu kat security terus kena rampas. Sedih & menyesal tak sudah...

    BalasPadam
  4. bagus jugak multitool mcm ni... all in 1 semua ada.. tau atau x tau cara guna je kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nampak je kecil tapi bermacam cara dan situasi boleh digunakan.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.