Suri Rumah; Bukan Tugas Yang Ringan

Saya rasa ramai yang dah tahu yang isteri saya bekerja shif. Banyak hujung minggu yang si dia kena bekerja. 

Dalam hari-hari macam ni lah saya akan mengambil tugas sebagai sura rumah sepenuh masa terutama kalau isteri kena kerja malam. Malam dia kerja, siang dia tidur dan bagi dia berehat lebih. Sebenarnya bagi mereka yang tak pernah merasa mengambil alih tugas suri rumah ni, pastinya susah nak menggambarkan satu-satu tugas suri rumah kerana tak pernah atau jarang hands-on. 

Setelah beberapa tahun bernikah dan mempunyai cahaya mata, ternyata melakukan tugas suri rumah merupakan suatu perkara yang amat berat. 


Bayangkan, celik je mata lepas mandi dan subuh. Otak dah ligat memikirkan makanan apa yang nak dijamu kepada anak-anak untuk bersarapan. Katalah anak-anak makan semua benda, senang sikit nak sediakan apa-apa. Macam saya, anak nombor dua sedikit memilih makanan. Bukanlah dia ada spesifik makanan yang dia suka, tetapi dia makan ikut mood. Kadang-kadang pagi dia boleh sahaja makan roti bakar dengan berselera, namun ada masa dia tak nak sentuh langsung. 

Sebelum menyediakan sarapan anak-anak, kain baju kotor kena angkut letak ke dalam mesin basuh. Sebelum anak-anak celik mata tu jugalah kita kena tangkas menyapu, mengemop rumah. Sebabnya bila mereka bangun nanti, nak kena melayan mereka pula. 

Celik sahaja mata mereka, nak kena mandikan pula. Macam anak saya yang sulung dah boleh diharap untuk mandi sendiri. Bersabun, syampu dan berus gigi semua dia dah boleh buat sendiri. Saya cuma perhatikan sekejap-sekejap sahaja. Adiknya sahajalah yang kena mandikan.

Dah selesai mandikan, kena suap sarapan pula. Tahu-tahu dah pukul 8 lebih atau pukul 9 pagi. Belum kira ada waktu-waktu (selalunya) yang mereka duk berkelahi dan bergaduh. Semuanya menjadi punca waktu jadi panjang untuk menyiapkan semua benda. 

Lepas sarapan tu baru adalah sedikit masa untuk kita buat kerja lain. Sidai kain baju, bersihkan litter box anak-anak bulus ke atau tengok-tengok di belakang rumah ada apa yang belum selesai lagi. Kadang-kadang waktu ni juga saya ambil masa sikit untuk buka laptop, buka telefon atau membaca. Selalunya tak sampai sejam. Kalau sejam pun itu sudah cukup rahmat bagi saya. 

Letak punggung sekejap, dah kena masuk dapur balik intai-intai apa yang ada dalam peti untuk makan tengahari pula. Keletung-kelentang di dapur kurang-kurang sejam atau sejam lebih juga masa yang diambil untuk menyudahkan juadah makan tengahari kami semua. Sambil masak, sambil anak-anak bermain, bergaduh apa semua tu tahu-tahu dah tengahari. 


Apabila makan tengahari dah tersedia, tiba masa untuk menyuap anak-anak makan lagi. Budak-budak, sambil makan sambil usik itu ini dengan merengeknya dengan ada benda tak kenanya. Setengah jam ke empat puluh lima minit juga tu untuk selesaikan mereka. Saya pula kalau waktu menyuap anak, saya jarang makan sekali sebab tak puas. Selalunya lepas mereka kenyang dan lepas zohor barulah saya makan. 

Waktu lepas makan tengahari adalah waktu yang saya paling tunggukan. Lepas kenyang makan, si adik biasanya ke bilik tengah bermain dengan permainan dia. Kakak pun sama, cuma kakak lebih suka melukis atau membaca buku-buku kanak-kanak dalam simpanannya. Sekejap sahaja sebelum masing-masing mengantuk dan tidur. Waktu ini lah saya ambil masa untuk melipat kain baju, berbaring sekejap dan buat benda lain yang saya rasa nak buat. Paling lama 3 jam mereka tidur. 



Lepas asar dah kena standby minum petang untuk mereka pula. Selalunya yang mana ada sahaja. Kalau tak pun, saya keluar sekejap belikan goreng pisang. Adik tak makan sangat goreng pisang kalau petang-petang. Dia lebih suka cream crackers cicah milo. Okaylah buat sendal-sendal perut untuk mereka bermain petang pula. 

Kalau cuaca okay, boleh lah bawa ke taman sebelah rumah ni. Lega juga sebab sekitar rumah ni ada taman permainan tiga dan satu padang besar. Jalan kaki pun tak sempat penat. Senang nak bawa anak-anak dan anak bulus tu ambil angin petang. 

Balik daripada bermain, dah nak kena mandikan dan pakaikan baju malam pula untuk anak-anak. Sedang elok siap apa semua, dah maghrib. Selesai solat dan ajar kakak Iqra', mulalah sesi menyuap makan malam pula. 

Lepas makan, bolehlah letak punggung sekejap berehat dan tengok televisyen. Selalunya saya tengok History channel tak pun Netflix yang TV Shows, rancangan masak-masak ataupun rancangan baiki-baiki kereta dan dokumentari lain. 

Pukul sepuluh macam tu, dah kena standby siapkan susu anak-anak, sediakan makanan untuk anak-anak bulus, bersihkan litter box anak-anak bulus. Alhamdulillah, setakat ni jarang-jarang tu adalah anak yang nombor dua tu susah nak tidur. Selalunya lepas minum susu dalam sepuluh minit macam tu masing-masing dah lelap. 

Waktu mereka tidur tulah kalau saya jaga lagi saya duk depan laptop ke, baca buku ke, tengok Youtube ke. Kebelakangan ni saya perasan, masa tidurkan anak-anak, mereka lena je dengan saya sekali hanyut. Tahu-tahu dah pagi. 

Begitulah seharian lebih kurang tugas saya sebagai sura rumah. Terasa betul keaktifan tubuh badan bila melalui hujung minggu macam ni. Lepas beberapa tahun melalui semua ni, barulah saya sebagai seorang suami dan ayah sedar jerih-perih seorang emak membesarkan dan menguruskan rumah tangga. 

Bagi mengakhiri entri kali ini, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu Sedunia semalam. Semoga usaha, kasih-sayang yang tak berbelah bagi yang kalian curahkan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Ulasan

(29)
  1. Saya memang respect golongan ibu yang mampu juggle keluarga dan kerjaya. Suri rumah pun sekarang dah pandai buat duit dari rumah. Memang hebat. Saya masih mencari sura. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Hehe.. semoga cepat bertemu suranya SM!

      Padam
  2. orang cuma nampak ' duduk di rumah' tp mereka x tau duduk di rumah tu bukan goyang kaki 24 jam... sbb tu para ibu / suri rumah amat menghargai kalau lelaki tlg buat kerja even bsh pinggan sebijik

    BalasPadam
  3. lsaya pernah lalui ini semua bro....moga bertabah dan lalui dengan dengan tenang

    BalasPadam
  4. Tahniah, kerana berjaya ambil alih tugas seorang isteri apabila perlu. Waktu anak-anak kecil memang susah. Tapi eventually, akan jadi senang bila anak-anak makin membesar. Selalunya malam, bukan dapat tengok tv sangat. TV yang yang tengok kita. Kita dok kroh kroh, tidor, penat. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Selalunya begitulah. Nantii mereka dah besar... kita pula yang rindu.

      Padam
  5. Tak semua suami memahami seperti tuan, tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya harap para suami yang belum faham, akan faham la. Nak-nak isteri yang sama-sama bekerja. Dia membantu suami ekonomi, dan kat rumah dia kena buat semua. Kesian

      Padam
  6. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan memahami kaum ibu terutamanya suri rumah :)

    BalasPadam
  7. Respepk golongan sura rumah ni yg sanggup menggalas tugas yang biasanya dilakukan oleh si isteri. Moga semua urusan tuan dipermudahkan olehNya. Aamiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah hidup berumahtangga. Semuanya kena telus dan dikongsi bersama susah dan senang.

      Padam
  8. alhamdulillah... sy respek suami yg ambil alih tugas isteri bila isteri bekerja syif.. kt ofis sy pun ada jugak isteri frontliner... mmg dia yg byk menguruskan anak².. anyway, selamat hari raya tuan!

    BalasPadam
  9. Syabas, susah sebenarnya mahu melihat situasi suami cerita details tentang suri rumah. Yes jadi suri rumah ini sebenarnya lelah . Saya tak pernah jadi suri rumah, tapi pemgalaman duduk rumah sewa dan kena memasak setiap hidangan adalah suatu yang penat bagi saya. Memasak nak siapkan bahan dah lama, ,lepastu kita penat masakdan penat pulun assignment sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Semua suami kena laluinya barulah faham bagaimana rasanya. Mata yang memandang tak mampu menilai sebetul-betulnya kecuali dengan lalu semua benda tu. Baru tahu betapa kalutnya.

      Padam
  10. Saya jadi suri rumah bila anak2 dah besar dan pandai menguruskan diri-sendiri jadi agak santai skrg ni. Masa dieorang kecik, saya la ibu saya la ayah memang terkial2 menguruskan dieorang sebab suami jauh. Pagi2 memang huru-hara sebelum hantar ke taska, balik kerja pun kena drive laju2 sebab kalau ambik lambat kena bayar OT pulak. Sampai ke rumah kena buat makanan pulak untuk dieorang. Alhamdulillah pengalaman tu mengajar saya jadi ibu yang boleh multi-tasking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga Carneyz kekal kuat dan sentiasa bahagia bersama keluarga.

      Padam
  11. Saya suri rumah, walaupun tanpa anak tapi terasa jugaklah yang kerja rumah ni memang tak habis2. Selain rutin biasa, kita nak kena sental bilik air, lap sana sini. Memang takde istilah bosan takde apa nak buat kalau duduk rumah. Apatah lagi yang nak kena melayan anak, memang sangat sibuk dan lebih penatnya.

    Apapun, semua ada ganjaran baik dari Allah sebab kita berusaha menjaga keluarga kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Buat semuanya ikhlas kerana Allah. Jika ada penghargaan dari orang tersayang, hilang penat juga walaupun sekadar ucapan terima kasih.

      Padam
  12. tahniah kerana mampu menjadi sura rumah yg berjaya. sy dulu pun pernah mengalaminya dulu. ada dkt 6 thn lebih gak la. Alhamdulillah kini anak2 dah besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salut Cikgu! Semoga kekal bahagia dan gembira

      Padam
  13. Lelaki ni jadi suri rumah tak salah sebenarnya. Asalkan tak berharap kkerja-kerja di rumah isteri yang bekerja juga yang uruskan. Give and take. As long as masing-masing ok, in syaa Allah bahagia. Bahagia setiap orang tak sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! kena kongsi-kongsi barulah tenteram rumahtangga

      Padam
  14. Hanya yang pernah "masuk dalam kasut" suri rumah yang tahu .walaupun saya wanita tapi saya tetap respect dengan full time house wife yang cekap menguruskan rumahtangga tanpa rungutan..Sesekali reward la mereka beri "cuti" untuk "me time" kepada mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sebab tu saya kalau tak dapat bagi hadiah pun ada masa-masa saya bagi si isteri keluar shopping atau habiskan masa dengan kawan-kawan nursenya.

      Padam
  15. Masa anak sulung kecil dulu, suami siap tanya 'sayang buat apa je kat rumah' bila tengok rumah bersepah. Bila saya start masuk kerja dan terpaksa kerja on weekend, suami jaga anak kat rumah. Balik rumah saya tanya balik soalan sama kat suami, tersenyum simpul la beliau. Sekarang suami dah faham macammana susahnya jadi surirumah, jadi selalu la dia belanja makan kat luar :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly! Kena lalu dulu, baru tahu.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.