Selamat Hurry Raya!

Selesai berbuka puasa dan maghrib tempoh hari, masing-masing tengah bersiap untuk ke masjid... nak berterawikh. Sambil bersiap, sambil tunggu pengumuman tarikh 1 Syawwal. Dipendekkan cerita, kami juga turut sama kalut lepas pengumuman malam tu. 

Nasib baik lah semua lauk-pauk dah sedia ada tinggal nak masak. Itu pun kalut juga sebab semuanya masih sejuk-beku lagi. Daging, ayam semuanya keras kejung.

Pun begitu, Alhamdulillah.

Dapat juga kita beraya bersama keluarga pada tahun ini setelah dua tahun kebanyakan daripada kita beraya jauh daripada keluarga masing-masing. 


Tahun ni saya macam tahun sudah-sudah. Beraya di kampung sebelah isteri. Setakat ni belum ada rezeki lagi untuk cuti raya Aidilfitri panjang melebihi 4 hari. 

Kalau duk main dua tiga hari cuti ni, tak larat sungguh nak harung jem nak balik Kelantan. Selalunya balik Kelantan minggu ketiga Syawal. Aidiladha pula, kami selalunya beraya di Kelantan. Lagipun Aidiladha di Kelantan lebih meriah dan lebih banyak aktiviti untuk orang-orang dewasa. 

Bila dah umur baya saya ni, Aidilfitri selain menyambut kemenangan kita melawan hawa nafsu di bulan Ramadan lepas, ia juga hari yang meraikan anak-anak. Macam mana kita masa kecil dulu seronok beraya, macam tu lah saya cuba recreate suasana, keterujaan kepada anak-anak.




Seingat saya, sejak umur memasuki alam kedewasaan... saya memang dah tak ambil tahu dan tak ambil berat soal baju raya. Kalau ada pun beli Baju Melayu untuk diulang pakai setiap dua atau tiga kali raya. 

Bila dah kahwin, isteri sayalah yang banyak duk membeli baju raya dia, anak-anak dan saya. Kebanyakan masanya dia yang akan set kan baju macam mana, warna apa untuk dipakai. Saya tak kisah sangat janji kainnya selesa.

Masa ada lebih, kita hulur la lebih dan teman dia beli persiapan raya. Ada masa, tahu-tahu dia dah beli sekali persalinan raya saya.




Tak kira bagaimanapun kita semua menyambut lebaran kali ini. Yang penting, hargailah setiap detik yang kita ada bersama orang yang tersayang. Kita tak tahu bila saatnya mereka ataupun kita yang akan dijemput Pencipta. 

Ciptalah momen yang bermakna setiap saat kita bersama mereka. Akhir kata, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. taqobbalallohu minna waminkum. Maaf zahir & batin.

Semoga kita semua sentiasa berbahagia di samping insan tersayang.  

notakaki: Nanti saya terjah blog kawan-kawan ya. Di kampung internet tak berapa cantik. 

Ulasan

(7)
  1. selamat hari raya buat KA sekeluarga

    BalasPadam
  2. Salam Aidilfitri buat KA dan keluarga. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  3. Meriahnya!! Selamat Hari Rayaaaaaaaa

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya KA, maaf zahir & batin..

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya KA. Kalau kakak saya, suaminya yang beria ria nak baju sama warna. Gigih juga mencari tu.

    BalasPadam
  6. Salam lebaran utk KA sekeluarga. Samalah kita, sekarang ni tak kisah pun recycle je baju2 raya tahun2 lepas. Yang penting baju anak2. Syukur ayam & daging dah standby awal2 tinggal nak masak je kan. Kiteorang pun tak kalut2 sangat malam raya sebab tahun ni balik awal sikit (nak elak sesak di airport) jadi persiapan raya dah dibuat seminggu sebelum tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.