Misi Bebas Hutang; Apakah Langkah Untuk Membuat Full-Settlement Sewa Beli CIMB

Saya yakin kita semua inginkan hidup bebas hutang. Di zaman sekarang kita dikelilingi oleh kemudahan pinjaman yang terlampau senang untuk kita ambil. 

Rumah dan kereta antara benda yang semua orang akan membuat pinjaman bank untuk membelinya kecuali orang yang betul-betul banyak duit yang akan membeli secara tunai. Jika kita membeli kereta baru, semestinya kita akan membeli secara pinjaman sewa beli (hire purchase) juga. 

kredit imej: people matters

Di dalam misi bebas hutang saya yang seterusnya, saya memutuskan untuk mengeluarkan simpanan KWSP melalui skim Pengeluaran Khas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini untuk melangsaikan hutang bank. Pengeluaran sebelum-sebelum ini pun banyak yang digunakan untuk melangsaikan pinjaman bank sedikit demi sedikit.

Tips saya dalam melangsaikan hutang dengan cepat ni senang sahaja. Jika saya ada lebihan (Lebih dari biasa) tunai macam sekarang, saya akan:
  1. Utamakan hutang dengan amaun yang paling kecil dahulu. 
  2. Kemudian saya akan tengok hutang mana yang tempoh pembayarannya paling singkat.
  3. Jika pada waktu aliran tunai seperti biasa, saya akan membayar lebih daripada pembayaran minimum sepatutnya. 
Jadi sekarang ni dengan lebihan tunai yang saya ada, saya berbincang dengan isteri dan merancang hutang mana yang harus dilangsaikan dahulu. Di pihak dia, dia langsaikan hutang kad kredit sebab tak banyak pun kami guna. Semuanya digunakan untuk kecemasan. Dan paling banyak selalunya digunakan untuk belanja balik kampung jika kebetulan waktu belum gaji. 

Di pihak saya pula, selepas membuat perkiraan yang teliti, saya putuskan untuk melangsaikan bagi setahun lebih perjanjian sewa beli kereta Myvi saya dengan CIMB Bank. Jadi, bermulalah proses untuk saya membuat pembayaran penuh sewa beli tu.

Hari Khamis yang lepas, saya ke CIMB Bank cawangan Ara Damansara untuk membuat pembayaran. Ternyata, pembayaran penuh perjanjian sewa beli tak boleh dibuat terus di kaunter mana-mana cawangan CIMB. Seorang kakitangan bank menyuruh saya ke CIMB Bahagian Hire-purchase di Glenmarie. 

Keesokannya, saya ke bahagian tersebut di Glenmarie. Kat sini saya terpaksa menunggu lama sebelum boleh bercakap dengan kakitangannya. Macam biasa, kaunter tiga tapi seorang sahaja kakitangan yang melayan pelanggan. Tinggi harapan untuk menyelesaikan benda ni secepat mungkin. Selepas sejam lebih menunggu sebab orang ramai, barulah dapat berurusan dengan seorang kakitangannya. 

Sekali lagi saya kecewa kerana saya tidak boleh menyelesaikannya pada waktu itu. Kakitangan yang bertugas di kaunter menyatakan prosedur untuk membuat pembayaran penuh pinjaman sewa beli adalah.
  1. Kena call atau email ke nombor telefon Ibu Pejabat seperti di bawah untuk mendapatkan figure atau jumlah yang tepat:
    • Nombor Telefon: 03-20374848
    • Emel: gcb.acrsupportsettlement@cimb.com
  2. Kena dapatkan dan catitkan jumlah yang tepat kerana jika tersilap walaupun satu sen, kita kena ulang buat balik dan menyebabkan e-Batal tidak dapat dilaksanakan.
  3. Setelah mendapat figure yang tepat, kita boleh membuat pembayaran di kaunter mana-mana cawangan CIMB Bank atau melalui atas talian pada hari yang sama kita mendapat figure atau jumlah akhir tersebut. Ini untuk mengelakkan perubahan jumlah akhir.
  4. Selepas membuat pembayaran penuh dengan tepat, kita kena hubungi balik nombor atau emel tadi untuk memberitahu.
  5. Selang 2 atau 3 hari, kena hubungi balik untuk mendapatkan status e-Batal.
Nota: 

- Sebabkan saya rasa menunggu emel balasan daripada CIMB akan mengambil masa yang lebih lama, saya memtuskan untuk telefon.

- Saya ke membuat pembayaran di kaunter pada hari yang sama. Saya lebih selesa membuat pembayaran di kaunter secara bersemuka dan mendapat resit fizikal. 

Keseluruhan pengalaman saya berurusan dengan CIMB untuk membuat pembayaran penuh boleh dikatakan okay. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. 

Pertama, sepatutnya kakitangan CIMB Ara Damansara boleh memberitahu prosedur yang tepat berbanding menyuruh pelanggan ke cawangan yang lain. Jika tak tahu, dia boleh bertanyakan dengan kakitangan lain yang lebih tahu.

Kedua, kaunter di cawangan sewa beli Glenmarie sepatutnya menugaskan lebih ramai kakitangan di kaunter. Sebab saya dengar kakitangan lelaki yang seorang tu ada minta tolong kakitangan yang lain tapi digelakkan pula. Sedangkan waktu bulan puasa, semuanya nak balik awal. Kalau masing-masing bekerjasama, semua orang boleh balik awal. 

Apa-apa pun, alhamdulillah. Syukur sangat dapat selesaikan satu perkara yang agak besar kali ini. InsyaAllah, sikit masa lagi selesailah semua pinjaman-pinjaman bank yang berbaki tak banyak mana dah pun sebenarnya kecuali pinjaman perumahan. Itu lagi puluh tahun baru selesai. 

Semoga kita semua dikurniakan kemudahan untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang ada agar dapat kembali kepadaNya tanpa ada sangkut di mana-mana dan kita meninggalkan orang-orang tersayang tanpa bebanan yang perlu ditanggung. 

Ulasan

(11)
  1. Saya br langsaikan hutang2 yg tertunggak.. lega rasanya. tapi nk buat settlement kereta makan tahun sbb baru beli tahun 2018.. pastu kene buang keje sbb tukar kerajaan baru, pastu xde keje dlm tempoh setahun.. br dpt keje tmpt lain kene buang lgi sbb covid (company kecil) dugaan betul buat kami suami isteri.. Syukur dapat guna duit kwsp untuk menampung perbelanjaan harian kami.. Makin lama makin rezeki bertambah syukur Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Aduhai lebih kuranglah nasib kita. Semoga dimurahkan rezeki kita semua.

      Padam
  2. Alhamdulillah terasa satu kelegaan bila dapatkan setelkan hutang/pinjaman.
    Moga dipermudahkan urusan2 seterusnya. Doa pun penting juga, agar kita diberi jalan utk keluar dari hutang (berdasarkan pengalaman sendiri).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. betul tu PH. Usaha, doa dan tawakkal.

      Padam
  3. singgah baca catatan tuan. terima kasih kerana singgah ke blog saya sebelum ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali Tuan. Dua tiga hari ni tak sempat nak menyinggah blog kawan-kawan. Tengah settlekan barang-brang raya. :)

      Padam
  4. Penat juga berurusan bila kita sendiri kena cari bagaimana. Kalau saya pun saya mengharapkan yang dekat Ara Damansara itu bagi tahu proses dapatlah kita jimat masa menuggu berjam - jam tapi ada juga benda tak lengkap.

    Alhamdulillah urusan selesai. Tiba - tiba saya teringat, saya mulakan pekerjaan pun dengan hutang belajar. Harap sangat dapat bebas dari hutang belajar dengan cepat - cepat

    BalasPadam
  5. Bebas hutang? Alangkah bahagianya!

    BalasPadam
  6. Moga dipermudahkan urusan langsaikan hutang. InshaAllah Ameen.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dah selesai hutang sewa beli kereta KA. Saya pun baru selesaikan hutang kereta Proton kami 2 tahun lepas, tapi dengan Maybank. Pengalaman dengan Maybank tak banyak songeh - kami pergi ke cawangan Maybank Auto Finance dan berurusan dengan kaunter je. Staff terus call HQ tanya berapa lagi baki hutang dan saya terus selesaikan di kaunter. Rasanya setengah jam je urusan tu. Lepas tu dapat surat bagitau hutang dah selesai dan boleh buat pertukaran nama kat geran kereta.

    BalasPadam
  8. sy pun dah buat pengeluaran kwsp 5 thn lps utk langsai hutang... x keluarkan semua. tunggu 2 - 3 sy nak settle kan semua... fuhhh...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.