Nasi Ayam Ringkas Versi Mak Untuk Berbuka

Ada yang suka makan nasi ayam?

Nasi ayam merupakan antara menu masakan yang bagi saya senang dan cepat penyediaannya. Semuanya sebab nak buat nasi ayam lagi-lagi versi mak saya ni satu flow sahaja. Walaupun ringkas sahaja penyediaannya, namun jika dihidangkan bersama daun salad, timun dan tomato pula kita akan dapat hidangan yang seimbang dengan nasi ayam. 


Sebabkan kelmarin tak jadi saya nak masak nasi ayam untuk berbuka sebab kami laki bini keluar mencari di baju raya di sekitar Shah Alam, so semalam saya buatlah juga memandangkan menu ni tak rumit mana penyediaanya sebab macam saya cakap tadi, penyediaanya semuanya dalam satu flow.

Nak masak nasi ayam versi mak ni senang je. Semuanya bermula dengan merebus ayam bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk dan ditumis. Agak-agak dah keluar pati ayam dan air rebusan dah dapat perasa ayam yang cukup, boleh lah ambil air rebusan tu untuk dicampur dengan beras yang dah dibasuh. Bolehlah tanak terus nasi tu dan jangan lupa letak sedikit mentega atau marjerin sebab nak bagi rasa lemak-lemak. 



Untuk sup ayam pula, saya selalunya tumis bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan thippali (Indian Long Pepper). Jintan putih, jintan manis dan sedikit biji ketumbar pula saya tumbuk dulu sebelum ditumis sekali. Dah mendidih barulah masukkan garam gula dan perasa kalau nak. Nak makan nanti potong lah daun sup, daun bawang, cili dan perah limau nipis sedikit untuk lebih sedap.

Thippali (kredit imej: Healthy Living)

Sebenarnya kalau nak masak sup siap-siap dulu baru nak ambil air rebusan pun boleh. Nanti Nasi tu akan rasa berempah dan sedap juga. 

Untuk ayamnya pula, saya hanya keluarkan ayam daripada sup tu sebanyak mana yang saya rasa nak guna. Tanpa tos dulu, saya terus perapkan dengan sos manis, kicap lemak manis dan sos tiram. Letaklah garam sedikit kalau nak lebih masin. 


Perasan tak saya tak tos kuah ayam daripada sup tu dulu tadi. Sebabnya, saya nak kan sedikit air rebusan atau sup tu untuk digunakan dengan campuran perapan ayam tadi sebagai kuah kicap. Nak tambah lebih sup tu pun tak apa, sebab nanti kuah kicap tu nak letak atas dapur juga sekejap untuk bagi pekat. 

Ayam yang dah diperap boleh lah digoreng ataupun dibakar. Saya lebih senang digoreng sebab kalau nak bakar nanti nak kena guna oven pula. Maleh!

Untuk sambal nya pula ringkas juga. Saya blend bawang putih dalam 3 ulas, cili merah besar dalam 4 biji dan cili merah kecil ataupun cili api ikut pedas mana yang kita nak. Macam biasa, blend dengan air sedikit. Kalau masa blend tu nak letak cuka terus pun tak apa, ataupun nak letak kemudian pun boleh lah. Ikut suka sebab kita masak dan kita juga yang makan nanti.

Dah siap blend semua boleh lah letak atas dapur dan masak sekejap sehingga pekat. Pekat mana? Pun ikut selera kita. Kalau pekat sangat pun boleh juga sedap sikit cicah ayam nanti bersalut elok je sos kat ayam. 

Beginilah lebih kurang kejadiannya sos untuk nasi ayam kami petang semalam. Masam-masam masin manis seronok-seronok cicah. Boleh gitu?

Sedap ke tak ya? Alhamdulillah... boleh lah untuk makan sendiri dan untuk si isteri bawa bekal ke hospital sebabnya dia kerja shif petang semalam. Berbukalah saya dengan anak-anak sahaja. 

Untuk manisan atau pencuci mulut berbuka semalam, saya buat koktel buah dalam tin dengan dua bahan sahaja. Buah campur dalam tin dan susu sejat. Kacau-kacau dan masuk dalam peti awal-awal sebab nanti dah berbuka sedang elok kuah dia jadi pekat dan sejuk. Nak sedap lagi letak ais waktu nak makan tu. Memang layan....


Begitulah serba ringkas nasi ayam dan pencuci mulut habuan berbuka semalam. Maaflah tak dikongsi resepi secara teratur dan lengkap. Sebab saya tak sukat sangat bahan-bahan semua kecuali beras untuk nasi. Lagipun berkenaan sup tu, boleh je pakai resepi masing-masing yang digemari. 

Dari segi bahan yang lain saya boleh listkan macam ni sahaja.

Bahan untuk sup:

Ayam
Gula
Garam
Perasa kalau nak

Bahan untuk ditumbuk kasar:
Bawang putih
Halia
Ketumbar
Jintan Putih
Jintan Manis

Bahan tak perlu tumbuk:
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Thippali - Kalau tak ada pun tak apa. Saya guna sebab memang mak guna.

Bahan perapan ayam

Kicap lemak manis Cap Kipas Udang
Sos tiram
Sos manis ABC
Garam

Bahan untuk sambal

Cili merah besar
Cili api atau merah kecil
Bawang putih
Cuka
Gula 
Garam

Harapnya dengan entri ni boleh membantu bagi idea untuk anda semua putuskan nak makan apa hari ni. 

Ulasan

(12)
  1. sedapnya nasi ayam...first time tau herba thippali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rempah ni susah nak jumpa. Kedai rempah India sahaja yang jual.

      Padam
  2. Lebih kurang je resipi nasi ayam kita. Cuma sup je kalau saya tak buat berempah sbb anak2 suka makan dgn sup kosong je (air rebusan ayam tadi saya tambahkan kiub pati ayam lepas tu tabur daun sup & bawang goreng).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pun sedap juga tu. Ala2 hainanese punya nasi ayam kan

      Padam
  3. Uncle buat2 faham.... padahal uncle ni buta masak.... hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha... masak ikut sedap tekak je uncle.

      Padam
  4. sedapnyaaa.. style penyediaan sepesen mcm mak sy

    BalasPadam
  5. menu nasi ayam mmg mudah...weekend aritu berbuka menu ni bersama family inlaw

    BalasPadam
  6. Tak pernah dengar herba thipalli tu. mungkin pemangkin jadi sedap sup ayamnya.

    BalasPadam
  7. Nasib dah makan nasi ayam 2 minggu sudah...

    BalasPadam
  8. Nasi ayam memang mudah nak membuatnya. Pertama kali tahu dan tengok thippali tu. Macam buah mulberry kering pulak.

    BalasPadam
  9. Kalau bab memasak memang kita akan masak ikut "agak-agak" je. hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.