Akhirnya Dapat Juga Kerang Walaupun Comot

Alhamdulillah.

Semalam saya ambil masa seharian untuk berehat daripada bekerja. Isteri kerja pagi, anak-anak semua hantar ke tadika dan ke rumah Kak Ramlah, pengasuh mereka. 

Ada masa macam ni lah saya gunakan untuk selesaikan kebanyakan kerja rumah. Selepas hantar anak-anak, kepala dah mula ligat merancang apa benda yang patut dibuat dahulu. 

Kadang-kadang rasa macam ada ADHD pun ada. Kepala tak boleh nak fokus sangat sekarang ni. Walaupun pegang batang penyapu, boleh pula pergi ke sinki mencuci pinggang mangkuk bekas bersahur diniharinya. 

Sebabkan kami ada mop jenis petak tu sahaja, saya jadi tak puas nak mop satu rumah. Satunya susah nak kawal kepala mop tu walaupun senang nak masuk tempat rendah dan sempit. Keduanya ia cepat jadi berat dan memang makan tenaga betul. 

Entah macam mana, tahu-tahu saya dah ada di bawah blok tengah tunggu Grab Car untuk ke Lotus Ara Damansara. Alang-alang tu ingat nak top-up barang-barang lain juga termasuk susu anak-anak. Sekarang ni senang sebab dua beradik dah boleh minum susu 4,5 dan 6 tahun. Kalau ke mana-mana boleh bawa satu bekas susu sahaja. 

Sampai ke Lotus pun satu hal. Nak beli dua tiga barang sahaja. Bila nak checkout, penuh juga satu troli. Mana taknya, setiap aisle saya sorong troli tu sambil membimbit beg Ikea lama di bahu. Dalam separuh bahagian Lotus saya berjalan, baru perasan selipar sebelah Asadi getah biru tua, sebelah lagi selipar yang saya beli dari Shopee, getah dan warna sama cuma rekaan sedikit lain. Orang tak perasan agak nya. 

Pusing punya pusing, dengan mop pun saya beli. Tadi rasa macam nak beli tempat perah mop yang untuk baldi bulat tu. Sekali benda tu tak dibeli, mop pula yang dibeli. Dah sampai rumah baru perasan. Ah, kacokita!

Selesai kemas rumah siap alih-ubah sedikit perabot-perabot yang ada, lepas zohor barulah sempat nak ke kedai runcit abang-abang Aceh di depan pangsapuri kami. Niatnya nak beli ayam dan bahan-bahan untuk masak kari. Puasa ni tak pernah lagi masak kari. Kari ayam, ada sambal belacan pula dah cukup untuk membuka selera. 

Masa dalam kedai tu ternampaklah ada stok kerang. Saya tanyalah dekat abang-abang situ bila punya stok ni. Dia cakap hari ini punya, sampai pagi tadi. Wah, selalunya tak sempat sampai tengahari dah habis kerangnya. Hari ini banyaklah pula. 

Saya agak, mesti ramai yang dah kurang masak untuk berbuka hujung-hujung puasa ni. Sibuk dengan persiapan raya dan nak fokus kejar lailatulqadar barangkali. Sebabkan teringat yang isteri saya dari awal puasa lagi mintak cari kerang, saya belilah dalam dua kilo. Bunyi macam banyak dua kilo, kalau kerang ni dua kilo tak banyak mana pun sebab kulit saja dah berapa kan. 

Balik je rumah terus salin baju dan mulalah meng-kari-kan ayamnya. Resepi simple-simple sahaja. Janji boleh telan... ye dak? Kentang pun lupa nak beli tadi. 


Dah siap kari dalam pukul 4 lebih macam tu barulah nak mula bersihkan kerang. Baru perasan kerang-kerangnya comot sangat. Berdaki penuh sampai warna cengkerangnya gelap. Tadi waktu di kedai tak perasan sangat. Mungkin sebab tu lah tak habis lagi kerangnya. Nak tak nak, nak makan punya pasal gigih jugalah menggosok kerangnya. 

Satu-satu kerang di gosok. Dari sebelum asar sampai dekat pukul enam baru siap menggosok kerang. Dah kena berhenti sekejap untuk solat. Nasib baik nak rebus sahaja kerang tu bukan nak buat sambal ke apa. Kalau tak, berbuka pun belum tentu siap. 

Dah siap dibersihkan, nak memasaknya sekejap sahaja sebab bahan pun tak banyak digunakan. Saya cuma racik bawang merah siam, bawang putih dan ketuk serai untuk dimasukkan ke dalam rebusan kerang. 

Masuk garam sedikit, masak dalam 5-7 minit. Kalau kurang lagi okay sebab kerang tu akan terasa lagi manisnya dan masih rangup-rangup gitu waktu digigit. Cicah pula kicap air asam. Seperiuk tu sekejap sahaja saya hadap sampai licin.

Nasib baiklah memang segar kerangnya waktu kami makan masa berbuka tu. Ini kalau cicah sos cili thai Mae Pranom tu pun sedap. Masam manis pedas-pedas sos tu kena sangat dengan makanan laut ni. 

Manisan pula saya bungkus Talam Ubi Kayu dengan Seri Muka Durian di warung tepi jalan menghala ke Petronas Subang Bestari. Sedap-sedap belaka cukup lemak manisnya. 

Macam tu lah lebih kurang ceritanya dengan kerang kami semalam. Dah tengah-tengah Ramadan baru jumpa. Kalau dah rezeki kan. Karang kalau tak dapat, kempunan pula. 

Ulasan

(19)
  1. SA kalau kerang memang beli kat pasar besar..ada banyak size, harga ikut size gak...kerang sekarang jadi makanan mahal...padahal berat dek kulit je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini pasarnya tak tahu kat mana SA. Kalau ada pun jauh la kot.
      Bab harga tu, sekali-sekala boleh lah.

      Padam
  2. susah nk dpt kerang yg besar skrg ni. kalau di tempat sy kena ke sungai petani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak suka besar sangat. Sedang2 punya saiz, sedap dah.

      Padam
  3. dah bertahun x beli n makan kerang sbb ia dah jadi makanan kayangan. huhuhu...

    BalasPadam
  4. tk mkn lg kerang menu ramadhan kalini

    BalasPadam
  5. tu dia sedapnya keras rebus cicah sambal kicap

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Dah berus pakai Oral B ni uncle. Naik cramp tangan :D

      Padam
  7. mana pulak gambar kerang yang comot tuan hehehe

    BalasPadam
  8. sedapnya kerang. kat sini harga kerang naik mencanak. kalau sebelum puasa leh dpt rm10 sekilo. bulan puasa ni naik sampai RM15

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dapat rezeki beli kerang yang masih segar. Kadang2 bila beli kerang dapat kerang yang tak segar dan ada yang busuk, rasa sakit hati pun ada. Saya suka kerang rebus / bakar, tak pun kerang dalam char kuey teow.

    BalasPadam
  10. wah kerang rebus cecah sambal kicap perghhh enak tu. Kerang sedap yang sedang-sedang je kalau besar sangat dia susah nak kunyah kalau kecik sangat terus ngap. hehehe

    BalasPadam
  11. Saya masih belum berkesempatan nak beli dan masak kerang.. Dari sebelum puasa lagi dah nak beli tapi tu lah, tak terjumpa.. hehehe..

    BalasPadam
  12. Biasa tu datang tesco niat nak beli sikit barang sekali memang akan penuh troli. Dah lama tak makan kerang. Bila tengok post ini rasa craving kerang lah pula.

    Tapi mana nak cari dah pukul 4 petang ni haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.