Minggu terakhir ni KA guna peluang yang ada sebanyaknya dan menghabiskan masa bersama sepuasnya. Sebenarnya dah lama KA simpan daripada awal April tahun sudah, sewaktu KA bersama memeriahkan persandingan dalam PKP adik ke-3 KA di Kuantan.
Entri kali ini sebenarnya KA cerita pasal kamera Fujifilm X-A5 kepunyaan adik KA.
Dia bagi KA pinjam sekali dengan dua lens. 1 kit lens (auto) yang datang sekali dengan kamera. Satu lagi Meike 35mm f1.7 ni yang KA sangat suka guna sebab manual. Nak guna pun kena tukar setting tembak-tanpa-lensa.
Tapi tulah, focal length 35mm kalau nak ambil gambar pemandangan dan panorama, agak terhad sedikit sebab sudut pandangan dia sempit. Kalau untuk shoot potret memang cun. Detail dan sedap bokeh dia untuk lens yang harga marhaen ni.
Dua atas ni KA guna anak-anak KA sebagai contoh. Gambar yang terhasil daripada lens ni agak low-profile tapi cukup untuk ambil gambar seharian dan street photography. Kalau nak guna untuk street photography, KA cadangkan tinggikan ISO (KA guna 400 ke 800) dan cepatkan kelajuan pengatup (1/250 ke atas) sebab banyak subjek bergerak laju.
Berbalik kepada Elmina Central Park. Kenapa KA memilih tempat ni untuk menggunakan Fujifilm X-A5 pada minggu terakhir ni? Sebabnya tempat ni dekat, dalam perjalanan KA ke tempat kerja dan awal pagi tak ramai orang. Macam pagi tadi ada 3 orang je. KA dan seorang bapa dengan anak lelaki dia tengah bermain dekat taman permainan.
Kalau datang sini memang tak sah la kalau tak bergambar di jejantas melengkung ni kan. Kalau petang je, mesti penuh jejantas ni dengan orang nak bergambar. KA pun suka sangat jejantas ni sebab KA rasa jejantas ni unik dan tak boleh dijumpai selainnya dalam 300km radius (buat pandai).
Bawah ni pulak versi berwarna.
Satu lagi tempat yang KA suka kalau ke taman ni adalah... KA pun tak tahu apa nama benda ni. Tapi KA panggil anjung je sebab dia macam anjung rumah lama-lama.
Daripada jejantas melengkung tu dah boleh nampak anjung ni. Pun ramai juga orang petang-petang bergambar kat sini. KA sebenarnya tak pernah pun naik kat atas tu sebab selama pergi ke taman ni, bawa anak-anak berbasikal.
Sebelum sampai ke anjung ni, kalau dari jejantas melengkung tu kena lalu laluan atas air ni. Basically, laluan konkrit yang ada lorong-lorong saluran air.
Lepas tu baru lah jumpa anak-anak tangga kebahagiaan. Kalau penat mendaki anak tangga, boleh berehat sebentar dekat bangku L. Ada sepasang kiri dan kanan dan diteduhi dari jenis pohon beringin la KA rasa. Atau nama lainnya, ficus.
Sebenarnya banyak dan luas lagi kawasannya. Ada trek joging yang panjang dan kawasan permainan budak-budak. Ada juga kawasan yang pemaju susun atur ala-ala padang pasir. Tapi itu lah, masa tak banyak. Dan puasa-puasa ni malas betul nak keringkan tekak. Takut terbayang-bayang air kelapa sejuk... ghisau.
Lagipun kalau datang ke sini, tak sah la kalau tak singgah satu lasa tempat hot dan tular seantero media massa. Inilah dia, jambatan pelangi.
Macam amazing, colourful dan beautiful kan? Memang pun! Cumanya yang KA nak pesan untuk kesekian kalinya. Kalau nak bergambar dengan tenang, sila datang pagi... awal awal awal pagi. Ataupun petang datang awal solat asar di masjid dekat-dekat dan terus datang. Jambatan pelangi ni pulak tak ada tarikan lain yang dekat-dekat untuk bergambar. Kalau masuk ke dalam lagi dari bulatan dekat-dekat tu, boleh tembus Saujana Utama. Dulu tak tembus.
Ingat petang ni nak cari tempat lain pula. Tengok keadaan tekak. Kalau kering sangat, kirim salam aje lah. Sekarang ni KA tengah sayang dengan kamera ni. Tapi nak buat macam mana, orang punya. Nanti kita angkat X-E4 lah satu.
baru tau kewujudan jambatan cun camni...rasa ada kawan sorang duduk kat situ
BalasPadamBest la jugak taman ni untuk riadah petang-petang. Tapi kalau datang dari jauh, kena fikir banyak kali la sebab tempat tak seluas Taman Tasik Shah Alam dan seangkatan. Sebab ni macam communal area untu penduduk situ je kot. Still, worth to consider. Sebab kalau tak okay pun boleh gi banyak lagi tempat best dekat2. hiiii
PadamDah dekat dah dengan rumah Aini tapi x penah stop by untuk bergambar sebab masa tu tengah panas lit2..hehe
BalasPadamYeke? Duk mana? Kalau belah tengahari atau awal petang... panas kat sini memang tak boleh bawak bincang. Tunggu lagi setahun dua bila pokok2 dah mula merimbun, sedap sikit.
PadamTak pernah tau lagi ni..TQ info..nanti boleh usha🤭
BalasPadamBoleh la kalau nak datang recce dulu. KA harap makin banyak kemudahan yang akan disediakan.
Padambest kan ada adik-beradik yg sama minat kamera & fotografi....boleh share2..
BalasPadamBetul-betul. KA, adik nombor 2 dan 3 memang minat fotografi dan daripada dulu lagi duk share2 kamera.
PadamVersi hitam putih tu lebih nampak dramatik...! terbaik
BalasPadamKan? Kalau street photography, gunakan hitam putih dapat menimbulkan jiwa sesuatu gambar dan menaikkan mood. Bergantung suasana dan acara jugak.
PadamCantik2nya gambar...gambar black & white nampak lebih hidup pula
BalasPadamKan. Kontras antara hitam dan putih menyebabkan gambar tu lebih pop-out.
PadamCantik taman ni & berseni gambar2 yang diambik.
BalasPadamTaman ni cantik... terima kasih. Takde lah berseni mana, sekadar sedap mata memandang,
Padammemang lawa kawasan ni. masa mula2 buka kemain menderu yg datang...
BalasPadamKan.... sebenarnya rumah-rumah dalam kawasan ni pun lawa-lawa. Tapi belum mampu lagi nak beli. Mampu beli rumah pangsa je sekarang ni.
Padamdah lama pun masih viral ye tempat ni. orang KL (termasuk saya) memang pantang ada spot cantik, memang suka bergambar
BalasPadam