Bagaimana Menggunakan Mod Pro Pada Telefon Anda

KA yakin antara kriteria-kriteria utama sebelum membeli telefon pintar, spesifikasi kamera memainkan peranan penting. Sebenarnya sejak dari kamera telefon bermula dengan 2 megapixel lagi, kebanyakan pelanggan akan menilai kecekapan kamera telefon sebagai salah satu syarat untuk memiliki telefon pintar walaupun masa tu telefon tak pintar sangat lagi. 

Gambar Yashica MG-1 ini diambil menggunakan kamera telefon pintar dan ditemani cahaya daripada tingkap dan lampu USB kecil

Zaman sekarang ni telefon pintar rata-rata dapat memberikan hasil gambar yang sangat cantik. Baik low-range hingga ke flagship, hampir kesemuanya dapat menghasilkan gambar yang cantik. KA perasan vlogger pun ramai menggunakan telefon pintar untuk merakam vlog mereka. Dan kita hampir tak dapat bezakan pun kualiti video yang diambil sama ada menggunakan telefon atau kamera. 

Sebenarnya untuk step-up lagi gambar yang diambil menggunakan kamera telefon pintar, kita boleh guna mod pro yang ada (sekiranya telefon anda ada fungsi ni ye). Macam KA, sebabkan KA dah ada kamera, jadi KA sebelum ni stick dengan iPhone SE 2016 je untuk kegunaan harian... telefon, whatsapp, media sosial dan ambil gambar ringan-ringan. Lepas tu KA tukar ke android, Samsung Galaxy A71. Tu pun setelah fikir banyak kali dan setelah sekian lama hadap bateri iPhone yang cepat habis dan kerosakan-kerosakan yang lain. Nak angkat iPhone lain, sesak pulak kan. 

So entri kali ini KA nak kongsi antaramuka dan tetapan (utama) yang KA guna untuk Pro Mode Galaxy A71. 

    Gambar atas ni serba sedikit butang dan namanya bagi yang belum tahu. Setahu KA, Pro Mode ni jika digunakan, dia akan trigger kamera utama sahaja. 

    Jadi kalau untuk A71 ni dia punya spesifikasi kamera utama adalah 64 MP, f/1.8, 26mm focal length (kategori wide). Kita tengok apa fungsi setiap butang yang ada ya.

    ISO


    ISO sebenarnya menunjukkan betapa sensitifnya tetapan sensor di belakang lensa kamera. ISO untuk A71 ni dari 50 paling rendah untuk situasi dengan cahaya yang cukup terang sehingga 3200 untuk tempat gelap. 


    Secara defaultnya, KA set ke ISO400 sebab senang untuk cover ambil gambar tempat redup dan tempat cerah. Secara asasnya dengan menggunakan ISO dari 400 ke 800 merupakan pilihan yang cukup okay bagi newbie macam KA ni. Lagipun kita boleh main-main dengan exposure lever untuk kita tentukan mood gambar yang kita nak.

    Harus diingat, semakin tinggi ISO yang digunakan, semakin banyak 'noise' yang akan timbul. 

    SHUTTER SPEED


    Memandangkan kamera telefon tidak ada shutter fizikal, maka istilah shutter speed ni sebenarnya menunjukkan berapa lama keaktifan sensor kamera untuk menerima cahaya. Nombor pada butang ini menunjukkan pecahan per saat. Jadi jika menunjukkan 1/125, ia lebih laju berbanding 1/10. 


    Shutter speed yang lebih perlahan membenarkan lebih banyak cahaya masuk dan jatuh ke sensor kamera dan membuatkan gambar di tempat yang redup kelihatan lebih terang dan terperinci. Dengan menggunakan shutter speed yang rendah juga kita dapat menghasilkan 'light painting' dan 'light trail'. 

    KA membiarkannya auto sahaja. Sebab KA banyak ambil gambar anak-anak dan kejap-kejap tukar ambil gambar bunga, pemandangan dan bayang2. 

    EXPOSURE LEVER


    Jika ISO menunjukkan tahap kesensitifan sensor kamera, exposure level pula menunjukkan tahap keterangan dan kegelapan gambar kita. 

    Selalunya exposure lever ada tetapan dengan menggunakan nombor -2.0 hingga +2.0 dengan -2.0 menjadikan gambar lebih gelap seperti dibawah:

    Atau menggunakan +2.0 untuk menghasilkan gambar yang terang seperti di bawah:

    Secara peribadi, KA suka tetapkan kepada -1.0 sebab KA banyak ambil gambar dengan kesan bayang-bayang serta untuk menambahkan lagi kontras dan mood gambar. 

    FOCUS CONTROL


    Secara asasnya butang ini untuk kita kawal sejauh mana kita nak lensa kita focus pada subjek. Dengan mengambil kira jarak antar sensor dan subjek, kita dapat mengasingkan subjek utama, latar hadapan dan latar belakang. 

    Oleh kerana kamera telefon ada fungsi touch focus, KA pun tinggalkan tetapan dalam keadaan auto. Tak payah pening-pening, touch je subjek, dia auto fokuskan untuk kita. 

    WHITE BALANCE


    White balance atau selalu ditulis WB. Di dalam fotografi WB selalunya bermaksud perubahan warna supaya warna lebih semula jadi atau hawa @ mood @ temperature gambar. Ia disukat dengan nilai Kelvin sama macam cahaya. 


    Panjang jugak kalau nak terangkan pasal Kelvin ni. Tapi secara asasnya untuk kita adjust gambar kita menjadi lebih warm atau cool. Yang ni pun KA biarkan dalam tetapan auto. Kecuali kalau masa ambil gambar tu KA tengok colour casting macam pelik je, then KA akan ubah sedikit mengikut kesesuaian gambar. 

    OTHER PREFERENCE


    Butang 'Manual' tu pula kita boleh guna untuk ubah tetapan lain seperti gambar di bawah:

    CONTRAST

    Contrast sangat penting dalam fotografi. Ia menunjukkan berapa 'cepat' perubahan daripada satu warna ke warna yang lain, dari putih ke hitam. 

    KA set ke '2' untuk memberi kesan dan menaikkan subjek dalam gambar.

    HIGHLIGHT

    Highlight merupakan elemen paling terang di dalam gambar. Dengan menaikkan atau menurunkan penunjuk highlight, kita dapat membuatkan tempat terang di dalam gambar lebih terang atau lebih suram. 

    KA tetapkan ke '0' atau neutral sebab KA akan main dengan exposure level semasa ambil gambar. 

    SHADOW

    Berbeza dengan highlight, shadow pula merupakan elemen paling gelap di dalam gambar. Dengan menaikkan tahap shadow kepada lebih tinggi, tempat yang terlindung bayang-bayang akan lebih gelap. 

    KA tetapkan ke '5' untuk menambahkan lagi kegelapan pada tempat yang terlindung dalam gambar. Ini dapat menaikkan mood dan perbezaan tempat terang dan berkesan serta membuatkan gambar lebih natural seperti pandangan mata kita. 

    Jangan lupa tekan focus point kat mana kalau set shadow tinggi. 

    SATURATION

    Saturation menunjukkan tahap keterangan dan kepudaran warna. Dengan sedikit perubahan pada setting saturation akan memberi perbezaan serta mood kepada hasil gambar kita nanti. Jika kita tinggikan saturation, warna merah di dalam gambar akan menjadi lebih terang. 

    Berjaga-jaga dalam mengubah tetapan saturation sebab ia juga memberikan perbezaan gambar kita menjadi lebih sedap dipandang atau menyakitkan mata. 

    KA tetapkan ke '1' untuk menambahkan sedikit keterangan warna dan membuatkan gambar lebih 'pop out'. 

    TINT

    Macam tinted tingkap... kita ubah tint jika kita nak gambar kita ada tint warna apa. Selalunya KA letak '1' untuk tint ke-jingga-an. Nak bagi mood classic chrome sikit. 

    Begitulah sedikit sebanyak tips penggunaan pro mode untuk SAMSUNG GALAXY A71 dan android fon yang lain yang mempunyai tetapan lebih kurang. Nanti KA share lagi tips lain yang boleh elevate mobile phone photography kita. 

    Terima kasih kerana sudi membaca!

    Ulasan

    (9)
    1. sampai la ni masih kurang faham penggunaan ISO, shutter semua tu.. gigih la belajar dari dulu tp x pernah nya nak mempratikkan...

      BalasPadam
      Balasan
      1. Saya pun lambat juga nak faham. Itu yang pinjam balik kamera adik dan praktis pakai lens manual. Barulah nampak cahaya sikit. hehe

        Padam
    2. Uncle pernah cuba tengok2 mode pro tu....

      Haram tak faham! kah kah kah!

      BalasPadam
      Balasan
      1. Haha.. kalau faham rasanya ketagih nak keluar shoot hari-hari.

        Padam
    3. ammi lagilah..tak reti betul nak godek fungsi camera dalam phone.. sbb tu masa beli phone ammi tak kisah sgt pun brapa camera bagai..asal boleh klik sana klik sini sudah

      BalasPadam
      Balasan
      1. Itulah. Telefon ni bergantung kepada keperluan dan kehendak kita. Telefon sebagai alat pemudahcara untuk kita capai dan buat apa yang kita nak.

        Padam
    4. bila dah ambil gambar terlupa dah semua ni hahaha

      BalasPadam
      Balasan
      1. Ahaha.. selalunya macam tu lah. Saya pun sama kalau nak cepat-cepat tu, pakai mode auto je.

        Padam
    5. thanks share. jarang guna mode pro ni, tapi kadang-kadang usik lah jugak bila ada masa. suka jugak pakai samsung galaxy ni. kamera cantik

      BalasPadam

    Catat Ulasan

    Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.