Bagaimana Nak Tarik Pembaca Klik Banner Iklan dan Link Affiliate


Pening jugak kan nak cari jalan untuk memperbaiki click-through rate (CTR) banner iklan atau affiliate link kat blog kita? Kat bawah ni KA nak share cadangan untuk kita optimumkan penempatan banner atau link iklan yang boleh membantu untuk menaikkan CTR dan kadar penukaran (conversion rate). Jom baca!


    Gunakan kandungan dalam baris ayat dan bukannya peletakan iklan "lalai (Default)".


    Kajian menunjukkan bahawa peletakan iklan sepanduk (banner) "lalai" biasanya diabaikan kerana ramai pelawat web mula menjadi "kebal" atau sekadar timbul apa orang cakap bawah minda separa sedar kepada iklan yang diletakkan dengan cara ini. Dalam erti kata lain, ramai netizen kini mengalami "Ad Blindness" untuk iklan yang diletak pada tempat lali atau default ni; ramai secara tidak sedar mengabaikan iklan kita, lepas tu buat kadar penukaran kita slow. 

    Sebenarnya bagus untuk tukang iklan kalau efek sub-consious ni. Sebab otak kita akan terus proses pada masa hadapan. Contohnya; kita tak tengok secara langsung atau sipi-sipi je tengok iklan Exabytes dekat blog stanzaku ni. kita tak klik terus, tapi bila masa kita nak pakai untuk daftar domain atau beli servis hosting nanti, kita terus teringat Exabytes. Mari kita lihat kajian terbaru oleh Nielsen.


    Daripada imej di atas, kita boleh tengok bahawa kebanyakan tindakan, action atau fokus berlaku dalam kawasan kandungan manakala kawasan peletakan iklan "lalai" (seperti banner di bawah menu dan sidebar) hampir tidak mendapat perhatian. Untuk mengatasi ad blindness, cuba gunakan peletakan sebaris yang menggabungkan sepanduk kita di antara kandungan kita macam contoh kat bawah. Ini akan membantu meningkatkan CTR (kadar klikan) kita.


    Hiperlink-kan teks kita, bukannya menunjukkan pautan affiliate secara bersendirian.


    Meletakkan link affiliate secara bersendirian mungkin bukan pilihan yang baik kerana pautan ia biasanya panjang dan rumit.

    1. Contoh link affiliate secara bersendirian:


    2. Contoh link affiliate di dalam baris ayat:

    I've been using Exabytes for quite some time. So far, I'm happy with the level of service, especially their fast response time. I highly recommend you to have a look. Here's the link just in case you're interested.

    Nampak tak? Di dalam contoh kedua, KA letak hyperlink untuk perkataan "Exabytes" dan "the link".  Kata-kata yang boleh menarik pembaca untuk klik ialah kata-kata yang mendorong pelawat blog kita untuk melakukan sesuatu. Contoh perkataan yang boleh menggalakkan pelawat mengambil tindakan ialah "klik di sini", "tonton di sini" atau "lawati di sini". Contoh top untuk perkataan berkaitan ialah "training shoes" yang di-hyperlink-kan ke laman web Nike atau "membina perniagaan dalam talian" yang memaut ke Exabytes, contohnya.

    Menggunakan aplikasi Peta Haba (Heat Map) untuk menentukan kawasan aktif.

    Perasan tak KA share gambar Heat Map yang Nielsen guna? kita boleh buat study sendiri sebelum meniru apa yang Neilson lakukan sebab reka letak, design blog kita mungkin berbeza. Dengan Heat Map, kita boleh menentukan bahagian blog kita yang kita rasa paling menarik untuk pelawat kita.

    Seterusnya, kita boleh meletakkan banner atau pautan affiliate di kawasan yang paling "aktif" untuk meningkatkan kadar CTR kita. kita boleh menggunakan Hotjar, alat peta haba yang bagus dan percuma yang membantu kita study dan analisis blog kita.

    Menunjukkan sepanduk (banner) yang betul pada kandungan yang betul.

    Perasan tak apa yang saya lakukan? Ada yang klik tak kat pautan yang KA letak sepanjang artikel ni? Kalau ya, itu menunjukkan pautan affiliate dan banner yang betul dalam kandungan yang betul akan meningkatkan kadar CTR. Kalau tak tu sebab KA pun tengah belajar lagi ( :P ) Sebagai contoh, kita boleh menunjukkan sepanduk Adidas di blog sukan kita, atau kita boleh menunjukkan sepanduk pengehosan web kita selepas perenggan yang kita kongsi berkenaan pemasaran internet. Bukan sekadar kandungan, menunjukkan banner dan pautan yang betul pada halaman yang berkaitan juga akan membantu meningkatkan kadar CTR.

    Akhir sekali, tidak ada one-size-fits-all untuk semua penyelesaian dalam meletakkan iklan. Cara yang paling berkesan untuk melakukannya adalah dengan melakukan trial and error untuk mengetahui peletakan iklan yang manakah paling sesuai dan berprestasi tinggi untuk blog kita.

    Jom Join Affiliate Marketing Exabytes!

    Jadinya jika korang rasa ada dikalangan pembaca blog korang yang nak start perniagaan dalam talian, transfer hosting dan server, atau digital marketing solution untuk meningkatkan online presence orang kata kan dan improve hasil perniagaan mereka, KA sangat rekemen korang daftar Exabytes Affiliate program ni. Kita bantu orang, orang bantu kita. 

    Nak join affiliate program ni tak payah bayar pun. Daftar, lepas tu ikut je step-by-step apa yang Exabytes suruh. Kalau tak faham boleh je contact dorang. Ataupun kalau korang nak daftar domain (basically Exabytes sangat "mesra poket".) boleh je klik link promo ni. Setakat yang KA taip ni promo masih ada. 
    Homework photo created by jcomp - www.freepik.com

    Write a comment