Perkongsian Media Sosial
Ini cara paling utama, paling mudah untuk mendapatkan respon dan engagement. KA sendiri pernah mengalaminya sewaktu aktif buat networking business, MLM, direct selling dan sebagainya dulu. Even, sekarang pun KA aktif buat duit dengan Perfume Original Dubai AlHabshee Exclusive dan Ejen Jualan Unifi. Memang ternyata, sales melalui media sosial paling laju.
Tak kisahlah melalui FB, IG, Whatsapp, Telegram dan sebagainya, semua platform ni memudahkan untuk kita berinteraksi dengan prospek dan tukar mereka menjadi pelanggan.
Forum Posting
Dengan kemunculan media sosial, forum perlahan-lahan semakin diketepikan dalam dunia internet. Tetapi sebenarnya ia masih tak dapat nak menolak fakta bahawa forum masih merupakan cara terbaik untuk mempromosikan produk affiliate kita. Cari forum yang sesuai dengan niche kita dan post info atau komen pada topik yang berkaitan dengan produk affiliate kita. Dalam post tersebut, kita boleh mencadangkan produk yang kita nak iklan tu sebagai penyelesaian masalah. Biasa dalam forum ni ramai yang mencari penyelesaian.
Pemasaran E-Mel
Pemasaran e-mel ialah salah satu cara paling berkesan untuk meningkatkan engagement dengan pelanggan kita. Mesej kita mampu menjangkau pembaca yang mempunyai minat yang tinggi terhadap produk dalam tangan kita. Dengan menggunakan senarai e-mel, anda boleh menghantar e-mel kepada pelanggan kita dan mengiklankan produk affiliate.
Peletakan Banner Iklan
Walaupun kaedah meletakkan banner iklan adalah kaedah yang sangat konvensional tetapi pada masa yang sama ia sangat berkesan untuk mempromosikan produk affiliate. Walau bagaimanapun, elakkan meletakkan terlalu banyak banner di blog kita, sebab kalau banyak sangat webpage kita akan slow loading dan nampak macam spam sampai mengganggu pembacaan pelawat.
Menulis Ulasan (Review) Produk
Yang ni tak payah nak cerita sangat sebab berlambak dah kita tengok even budak sekolah rendah pun pandai buat product review. Bagi rakan-rakan blogger semestinya dah selalu sangat kalau pun bukan hari-hari menulis dan buat produk review kan? Respon dia memang agak lain macam.
Buat Video Ulasan (Review) Produk
Yang ni kira kita step-up lagi dalam membuat review. Menulis, kebanyakan orang boleh menulis review walaupun cacamerba macam KA. Tapi nak buat produk review, keyakinan nak kena tinggi. KA sendiri pun agak kekok dan masih tak berani untuk buat video review produk.
Buat Slideshare
Menukar daripada iklan dan detail yang meleret-leret ke dalam bentuk point dan slideshow. Makna kata kita nak tarik orang beli produk kita tetapi orang dah start menyampah bila baca iklan. Agak-agak orang akan tanya lebih lanjut ke? Kalau ada pun jarang. Kalau buat slidesharing, kita boleh menolong prospek dengan menyingkirkan penjelasan yang meleret dan membosankan. Kita juga boleh meletak image yang menarik, warna yang menarik. Dalam tu letaklah clickable hyperlink untuk prospek senang klik.
Iklan Berbayar Media Sosial
Macam Facebook Ads, benda ni kena belajar sikit step by step dan teknik untuk memastikan iklan kita berkesan. Ya lah, kita dah bayar kan? Rugi kalau iklan kita tidak sampai kepada target audience yang kita hajati. Kena belajar macam mana nak letak gambar yang sesuai, copywriting dan call-to-action yang tepat untuk menukar pembaca kepada pelanggan.
Search Engine PPC (Pay-Per-Click) dan SEM (Search Engine Marketing)
Dua benda ni, PPC dan SEM benda yang sama dengan Google Ads. Walaupun sangat efektif tetapi ia juga sangat makan modal. Tapi KA rasa dua benda ni sama macam iklan berbayar media sosial. Memudahkan sebab sekali setup je dan bayar. Cuma kena pastikan media dan perkara yang kita nak letak tu menarik dan kena dengan produk yang kita iklankan.
Laman Soal & Jawab
Kaedah ni KA perhatikan Malaysian ramai yang masih belum aktif termasuk KA sendiri. Kita ambil contoh Quora ke Yahoo Answer ke dan sebagainya, ia sebenarnya sangat efektif dan bagus. Macam mana nak buat, masa jawab soalan tu kita selit link affiliate kita.
Akhir kata, membina suatu perniagaan di dalam talian bukanlah suatu perkara yang mudah walaupun nampak macam mudah. KA harap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda semua dan KA juga berjaya dalam usaha buat duit secara atas talian.
Jom Buat Duit!
Kalau korang berminat nak buat duit dalam digital marketing, online marketing, website design & development, boleh lah bersama KA join affiliate marketing dari Exabytes ni.
Terima kasih membaca dan semoga berjaya.
Sharing yang menarik. So far saya blogging kosong sahaja, tak pernah join affiliate program.
BalasPadam