Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Berjumlah RM1,000 Untuk Anak Selangor


Anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM5,000 dan ke bawah dipelawa untuk memohon hadiah pengajian institut pengajian tinggi (HPIPT) sebanyak RM1,000 mulai 1 Mac hingga 31 Mac ini. Kalau ikutkan, banyak dah dapat kurangkan beban kan. 

Antara syarat yang dikenakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor seperti pemohon mestilah pelajar tahun pertama yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan sijil kemahiran tahap empat di IPT awam serta swasta.

Untuk memohon boleh klik http://hpipt.selangor.gov.my/.

Untuk pertanyaan lebih lanjut pula boleh menghubungi urus setia HPIPT di talian 03-55447385 atau 03-55215523.

Antara syarat lainnya adalah pemohon mesti warga Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya selama 11 tahun. Nama pun untuk Anak Selangor kan?

Sebenarnya Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 lagi untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.

Semoga dengan adanya bantuan ni dapatlah meringankan beban mak ayah adik-adik semua dan menyuntik semangat untuk belajar lebih rajin. 

Ulasan

(6)

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.