Hibah; Tidak Perlu Fikir Panjang


KA rasa hampir semua orang tahu sekurang-kurangnya sedikit pasal hibah dan takaful ni. Secara ringkasnya hibah ni adalah suatu bentuk hadiah yang kita bagi kepada waris kita secara mutlak selepas ketiadaan kita.

Jika kita ada tanggungan, orang tersayang sepatutnya kita tak perlu fikir panjang pun untuk membuat hibah ni. Dalam masa kita duk sendiri, cuba ambil kira kalau kita tak ada nanti... berapa kos agaknya yang keluarga atau tanggungan kita perlukan untuk meneruskan hidup dengan selesa? Adakah kita mampu dan ada harta sebanyak itu sekarang untuk disimpan apabila kita tiada?

Kalau jawapannya tiada, maka hibahlah jalan penyelesaiannya. 

Cuba kita fikir balik, lepas dapat gaji kita buat apa? Kita terus lunaskan segala bayaran komitmen bulanan, beli barang keperluan dan bagi duit belanja untuk keluarga bukan? Lepas tu kita cek pulak bakul kedai online kita. Barang-barang yang kita dah letak dalam cart kita, kita check out kan. Ada lagi lebihan gaji, kita guna bawak keluarga jalan-jalan. 

Apa salahnya kita ketepikan sebahagian pemdapatan kita untuk kita hibahkan kepada orang tersayang. 

Sebelum ni KA pun terasa berat juga nak menambah komitmen bulanan. Tetapi bila difikirkan balik, KA rasa rugi tak bermula awal. Sekarang ni dengan hanya dalam linkungan RM100 atau lebih sikit je kita dah mampu untuk hibahkan sebanyak RM250,000.00 untuk orang tersayang. 

Rugi ke keluarkan RM100 sebulan apabila kita tahu yang orang tersayang dan tanggungan kita mampu hidup selesa selepas ketiadaan kita. 

Sekarang ni KA macam-macam mana pun lepas bayar rumah dan bagi duit untuk keluarga, KA pastikan yang caruman untuk hibah tu KA dahulukan berbanding yang lain. 

Korang dah buat hibah? Kalau belum, dah boleh start dah cari ejen-ejen kewangan yang dipercayai dan berdaftar untuk tanya-tanya. 

Sungguh, hibah ni sangat membantu tanggungan kita bila kita tiada nanti. 

Write a comment