Pengalaman Beli Rumah Subsale 1; Indahnya Membeli Rumah Sendiri


Sungguh. Siapa yang tak menginginkan punya rumah atas nama sendiri bukan? Begitu juga kami laki bini. Kami teruja dan sempat juga selidik sedikit sebanyak tatacara pembelian rumah subsale atau rumah second hand ni.

Pun begitu, seperti gambar di atas... kami laki bini disogok dengan pelbagai lagi perkhabaran indah memiliki rumah sendiri tanpa kos. Memang seronok lah kami dengar betapa senang dan murahnya nak memiliki rumah sendiri. Namun, itu semua bidaaah. Agen hartanah tak ramai yang betul nak menolong pun sebenarnya.

Biasalah, rumah subsale, orang pernah duduk. Dalam kes kami semasa kami pergi view rumah, masih ada tenant kat dalam tu. Ibu tunggal ada anak sulung perempuan yang bersekolah menengah, anak lelaki yang bersekolah menengah dan adik mereka yang bongsu bersekolah rendah. Kami sebenarnya agak terperanjat melihatkan keaadaan rumah.

Bersepah tak payah cakap. Lantai berlumut na'uzubillah. Belum kira pintu rosak, wiring terkeluar dengan tandas yang memang kena reno balik. Namun apabila memikirkan lokasi, harga rumah di bawah nilai pasaran yang bermakna kami akan dapat duit lebih dari pinjaman perumahan. Kami setuju. Rumah ni memang berpotensi.

Apabila memikirkan bagaimana kami akan menghidupkan rumah ni, kami lagi teruja, berbunga-bunga. Bermacam akal yang muncul. Akhirnya kami akan memiliki rumah kami sendiri. Itu yang penting.

Ya. Ini bahagian gembiranya. Nanti aku akan sambung bahagian sulitnya.

Ulasan

(1)
  1. Bagi saya lebih bagus beli rumah dh ada macam ni dari rumah belum siap dr pemaju. Kang masalah cf la apa la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.