7 Petanda Anda Jumpa Kerja Yang Diidamkan


Secara peribadi, saya berpendapat diantara bahagia yang paling besar di dalam kehidupan adalah mempunyai pekerjaan idaman. Perkara ini lebih sempurna jika pekerjaan idaman itu juga merupakan satu-satunya minat kita daripada kecil.

Ada yang minat fotografi, ada yang minat kira-kira, ada yang minat menulis, ada yang minat bertukang dan juga sebagainya.

Di dalam kehidupan pada waktu sekarang, amat sukar untuk kita memilih kerja yang kena dengan minat kita kecuali kita jadikan minat kita itu sumber pendapatan kita seperti berniaga.

Ada kalanya kita tidak sedar pun yang kerja yang kita kerjakan itu adalah kerja yang sempurna untuk kita. Tidak semestinya minat kita itu merupakan kerja yang sempurna buat kita. Di dalam artikel ini saya ingin kongsikan 7 petanda kita sudah jumpa kerja yang sempurna buat kita.

TIADA ISTILAH MENGULAR

Bila kita melakukan sesuatu yang kita sayang, hampir mustahil kita cepat tertekan dan bosan. Untuk mengular? Jauh sekali. Semua masa yang ada kita akan gunakan untuk melakukan kerja yang sepatutnya dan jika ada masalah kita mungkin dengan ikhlas menggunakan masa yang ada untuk mencari penyelesaian. Semuanya kerana satu sebab… menyiapkan kerja yang ada dan melakukan kerja seterusnya. Kita juga lebih ikhlas berkhidmat untuk orang sekeliling.

TEMAN SEKERJA TURUT BEKERJASAMA

Dalam kita mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada orang sekeliling, sebenarnya kita tidak sedar bahawasanya kitalah yang memulakan rantaian kerjasama. Semuanya bermula dari kita. Jika kita ikhlas bekerja dan melakukan kerja kita dengan sempurna, sebarang kesulitan pasti akan terhapus dengan adanya bantuan dari teman sekerja. Teman tiada kemahiran nak tolong? Sekurangnya teman itu boleh mendengar keluhan kita.

TIADA GOSIP, LEBIH SUKA MEMUJI

Apabila kita sudah sayangkan kerja kita, kita akan lebih fokus dalam menyampaikan hasil kerja kita yang sempurna berbanding menilai hasil kerja orang lain. Bila kita mendengar teman sekerja kita dinaikkan pangkat, kita tidak lagi iri hati secara buruk namun kita akan lebih berusaha untuk menjadi sebahagian daripada mereka!

ADA PROJEK BARU? NAK JOIN!

Apabila dengar sahaja ada projek baru yang akan masuk, kebanyakan PEKERJA BIASA akan mengeluh kerana pertambahan kerja dan tugas. Namun jika kita sayangkan kerja kita, makin banyak projek masuk, makin kita suka. Siapa yang tak suka melakukan benda yang mereka betul suka kan?

MOOD BERTAMBAH BAGUS SETIAP KALI MELAKUKAN TUGAS

Berbanding mengeluh dan merungut, kita akan lebih bersemangat bila sentiasa ada kerja untuk dilakukan. Datang sahaja idea baru atau jalan penyelesaian baru, kita terus praktikkan. Makin bertambah perkara di dalam senarai benda untuk dilakukan, makin kita seronok. Ia seakan meluangkan masa melakukan hobi setiap hari.

TIDAK SEDAR AKAN MASA YANG BERLALU

Tengok jam adalah salah satu tanda yang kita tidak bahagia dengan apa yang kita sedang lakukan. Namun jika kita sayangkan kerja kita, pastinya kita tidak akan sedar akan masa yang berlalu. Kerana kita komited dalam menyempurnakan kerja kita.

MESYUARAT? APPOINTMENT? YEAY!

Setiap kali dengar ada mesyuarat atau perjumpaan untuk berbincang akan sesuatu yang kita kerjakan, kita sangat bersemangat. Anda pasti boleh membayangkan kalau kita boleh ambil contoh suatu perjumpaan peminat komik atau suatu perjumpaan peminat sukan bermotor. Ya! Begitulah juga perasaan setiap kali kita bermesyuarat jika kita melakukan kerja yang ‘perfect’ buat kita.

Pendek kata, jika kita sudah jumpa kerja yang sempurna buat kita. Kita tidak akan lagi menghiraukan perkara sampingan dan lebih fokus akan kerja kita dan hasilnya. Tanpa sedar, kita juga sudah mendaki anak-anak tangga kejayaan.

Write a comment