Cari Blog Ini

30 Mei 2017

Kami Demam

Masih tak terlambat kiranya KA ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dah pun masuk hari ke 4 hari ini. Selamat berpuasa juga KA ucapakan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Alhamdulillah, setakat hari ini kami sekeluarga masih lagi dapat berbuka dan bersahur dengan sederhana dan sempurna. Tahun ni kami jadi budak baik sebab kami tak beli benda merapu dekat bazir ramadhan. Mana yang beli hari tu, habis hari tu.

Tapi start hari Ahad, KA dah start rasa tak sedap badan. Tekak pun dah start rasa sakit dah. Hmm... confirm nak selsema la ni. Sekali malam tu lepas berbuka puasa semua, KA rehat la kejap depan TV. Terus rasa lemau dan sejuk semua. Nasib baik lah wife dapat cuti sebab patient tak ramai malam tu.

KA tido je lah. Ingat nak MC je semalam tapi bila fikir banyak kerja yang kena hantar, terus tak jadi. Gagah jugak la pergi kerja. Haih... satu hari takleh fokus. Rugi tak ambil MC.

Semalam pulak wife KA kerja shift malam lagi. Khayla dari waktu berbuka dah start menguap dah. Lepas ibu dia pergi kerja, Khayla dah start merengek. KA bagi susu lepas tu letak Khayla dalam buai. Terus lena.

Dekat tengah malam, KA nak angkat Khayla tidur sebelah. Sekali KA rasa badan dia panas. Terus KA check suhu, 38.5 darjah celcius jugak lah. Panik kejap cari PCM untuk bayi. Dah jumpa PCM, syringe pulak tak jumpa. Terus call wife tanya (well, wife knows everything guys). Nasib jumpa.

Bagi ubat dan jelun sikit dahi dan kepala dia, pastu bagi susu. Barulah dia nak tidur balik. Tu pun dekat pukul 3. Nasib baiklah Khayla tidur elok je smpai pukul 8 camtu baru bangun. KA pun langsung tak boleh lena sampai lepas subuh.

MC la citer dia KA hari ni.

Moga cepatlah sembuh anak ayah sorang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.