Tasik Biru, Kundang.

Seriously, sebelum ni tak pernah terasa pon KA nak pergi sana walaupun ada yang cakap best. Kawan-kawan yang cakap best tu sebab dorang tahu yang KA ni prefer tempat-tempat macam tu berbanding MALL. Ada ke yang prefer jenjalan kat mall? Orang yang have-have la kot.


Hari tu KA sekeluarga keluar ke area Sungai Buloh nak cari baju-baju si Khayla ni. Sane ada satu kedai baju baby yang murah-murah seberang the Store tu. Tak lama pon kitorang kat sana sebab barang yang nak beli nye sikit je.

Lepas dah siap beli-beli tu la KA terlintas nak gi tengok Tasik Biru, Kundang tu. Tasik tu di kawasan perkampungan Melayu. Tah kenapa bila KA masuk je area tu KA rasa macam dah jauh sangat dari KL. Mungkin sebab penduduk... kot. Ntoh.

Yang pastinya, masa KA sampai je tempat tu KA dah excited ya Rabbi! Nak-nak KA tahu pulak kat situ memang port mancing Toman dan Peacock Bass! Ah sudah... joran dah lah dah takde. Kena cari satu balik la gayanya.

Khayla pun dah macam seronok sangat kena buai angin sepoi-sepoi kat Tasik Biru ni. Nasib cuaca redup nak, boleh ayah dukung sampai ke gigi air.


Well, bagi korang yang minat sukan air, KA dengar tasik ni jugak jadi port sukan air seperti jet ski, kayak semua tu. Bagi korang yang minat makan, kat sini gak ada kedai char kuey tiow Tsunami. Tapi masa KA pergi hari tu KA tak sempat pulak nak merasa. InsyaAllah next time kA rasa dan share sini.

Kalau korang nak gi sini, taip je Tasik Biru, Kundang ataupun Laguna Biru. InsyaAllah sampai.

Ulasan

(1)
  1. Tak pernah sampai sini KA....Hakak sebenarnya pergi dua dua pun OK. Lepas gi tasik marilah kita gi mall pulak haha....Bukan nak soping pun, nak cuci mata je....
    Baby tu mcm muka hanglah KA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.