Cara Mengelak Bertangguh Melakukan Sesuatu

Korang pernah tak berada dalam situasi yang mana korang sebenarnya ada benda wajib nak kena buat. Tapi bila nak buat tu, korang capai telefon, bukak email, lepas tu ada link ke Facebook. Bukak pulak Facebook. Sedar-sedar dah sejam dan korang masih duk scroll page troll.

Well, bukan apa. KA kerap jugak berhadapan dengan situasi macam tu. Dah membazir dah masa kat situ kan? Bila difikirkan, kuat jugak pengaruh media sosial ni dalam kehidupan kita. Macam candu dah untuk pemikiran kita. Dalam diam dorang memakan masa kita yang berharga.

So, dalam artikel kali ni KA nak kongsikan tips untuk mengelakkan kita daripada berlengah dalam membuat sesuatu pekerjaan yang penting.

BUAT BENDA YANG PENTING TERUS


Bila korang bangun pagi atau dah sampai kat tempat kerja bagi yang dah bekerja, cuba buat terus benda-benda yang penting tu sebelum buat benda lain. Kalau pernah buat to-do-list, kita akan meletakkan benda yang paling penting dekat tempat yang paling atas kan?

Kebiasaannya, benda yang paling penting ni lah yang paling susah. So, kita tend to put these things aside dulu sebab benda ni lah yang biasanya akan makan masa kita. Sebenarnya, kalau kita buat macam tu, sampai bila pun tak siap. Sedar ataupun tak, lagi cepat kita buat, lagi cepat kita siap.

CATAT APA YANG PERLU DIBUAT

KA tahu di zaman serba canggih ni kita lebih suka tulis apa yang perlu kita buat kat dalam smartphone, note kat komputer kan? Tapi bagi KA, benda yang paling buat KA ingat untuk buat sesuatu adalah pen dan kertas. Yup, KA akan tulis note dalam buku khas yang mempunyai kulit berwarna terang yang KA letak meja.

Depends kat korang mana yang korang rasa senang. Jangan lupa kat bawah senarai tu last sekali tulis lah benda untuk reward korang. Contohnya, nombor 1 apa, nombor 2 apa, bla... bla... bla... nombor seratus 'makan aiskrim vanilla dengan sos strawberry'. Ha... kan rasa best sikit nak ingat benda yang penting tadi.

ELAKKAN TIMBUL RASA BERTANGGUH

Ada tak antara kita yang suka cakap macam ni kat diri sendiri, 'Tunggulah last-last sikit, aku lagi semangat nak buat kalau orang push' atau 'Kejap lagi sempat ni, banyak masa lagi ni.' Haa... ada tak? tahu tak sebenarnya pemikiran macam ni sebenarnya lahir daripda kurangnya rasa tanggungjawab? Salah satu sebab kita suka berlengah adalah kerana kita dah selesa buat benda macam tu dan kita selalu membiarkan diri kita dalam keadaan leka melakukan benda lain yang kurang penting.

Akhirnya, kita akan menyesal bila dah sampai dateline. Pasti kita akan terlintas yang kiranya kita start awal, kita pasti dapat buat sesuatu kerja tu dengan lebih sempurna.

Nampak tak betapa besarnya pengaruh bertangguh di dalam kehidupan kita kalau kita biarkan. Dari sekecil membasuh pinggan selepas makan sehinggalah menyiapkan assignment sebelum dateline. Tapi jangan risau, dengan usaha dan teknik yang betul, insyaAllah kita mampu mengubahnya.

KA: Masih berusaha. Nasib baik Puan Besar suka remind KA.

Ulasan

(4)
  1. Memang melekakan... kalau dah tersangkut tak sedar waktu cepat je berlalu... mmg kena elakkan utk perkara yg penting dulu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu tak apa.. zaman sekarang ni banyak sangat benda yang melekakan masalahnya.. tak dapat nak elak dari terbabas.

      Padam
  2. adussss...makan dalam betol...hahaha...akak pon kadang2 suka gak tangguh2 keje...kong asam betol la...perkongsian yg baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tak boleh buat apa. Saya pon sama.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.