6 Langkah Untuk Menjadi Lifestyle Blogger

Sebenarnya KA sendiri kadang-kadang duk fikir. KA ni blogger jenis mana? Dulu-dulu masa mula-mula buat blog, KA lebih kepada politik, sosial dan perkongsian ilmu. Makin lama, KA rasa KA menjurus kepada lifestyle blogger.

Apa yang korang tahu pasal terma 'lifestyle blogger' ni? Kalau kita perasan, majoriti blogger dalam Malaysia ni adalah lifestyle blogger. Blogger jenis ini muncul ibarat cendawan selepas hujan. Namun jangan pula kita ingat seseorang blogger tu celik mata je rasa nak buat blog.


Sebenarnya, di kalangan bloggers yang baru nak bertatih macam KA ni... kami banyak belajar, try an error, tanya sana, tanya sini dan tanya diri sendiri betul ke kami ni nak start menulis blog? So, kalau kita dah terjebak sebagai seorang lifestyle blogger, kat sini KA nak kongsikan sedikit panduan untuk menjadi next lifestyle blogger.

1- Tahu kita punya strength kat mana. kalau dah tahu tu, make sure kita stick dengan satu-satu stail ataupun yang berkaitan dengannya. Let say, kalau korang seorang yang minat sangat bertani... korang stick je dengan apa-apa subjek yang berkaitan dengan pertanian. Maknanya kat sini, kita cuba stick as close as we can dengan pendirian kita, gaya kita tersendiri sebab semakin 'genuine' penulisan kita, makin orang nak baca.

2- Ingat, kita adalah apa yang kita 'jual'. Kita mewakili blog kita sendiri. Kalau kita menjadikan blog kita tempat untuk menjana pendapatan utama, perkara ni kita tak boleh abaikan. Dunia komuniti blogging ni kecil je. Kalau kita buat hal, habislah... takdak nya orang nak assist kita. Especially dalam dunia blogging ni kita kena sentiasa belajar.

3- Terus berusaha memantapkan isi dan kehalusan. Kalau kita tengok, banyak blogger yang bila post je artikel baru, dorang sertakan dengan gambar yang cun melecun. Jeles? Jangan risau... Tak kisah kalau kita pakai kamera telefon murah atau video yang tak HD. Lama-lama nanti pasti ada improvement. Yang penting sentiasa berusaha untuk ubahsuai isi kita.

4- Make sure hubungan dengan pembaca setia atau followers cantik. Yang ini KA pu tengah berusaha. Maklumlah, dengan kerja harian KA yang memang memerlukan KA stand by 24 jam... KA kadang-kadang risau takut KA tak dapat berinteraksi dengan sempurna dengan korang. Kalau ada antara pembaca setia tu di kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat lagi lah kan.

5- Sentiasa melahirkan idea baru. Hasilkan artikel atau content sekerap mungkin. Ada di antara blogger upload sebulan sekali, seminggu sekali, sehari sekali, sehari banyak kali. Ada jugak yang jarang-jarang baru nampak satu artikel. Terasa KA. Kita kena ingat, kalau kita nak buat blog ni tempat menjana pendapatan, sesuatu yang sangat penting untuk kita, kita kena happy kan pembaca dengan artikel yang dikemaskini sekerap mungkin. Ingat, internet ni laju. Kejap je artikel kita jadi outdated.

6- Akhir sekali, gunakan kemudahan media sosial. Sebagai seorang blogger, kita lah owner, kita lah BD manager, kita lah Public Relation officer, kita lah promoter, kita lah jurugambar, pendek kata kita semuanya bila berkaitan blog kita ni. So, kalau kita tak promote, memang susah nak memastikan orang lain tolong promote blog kita. So, gunakan kemudahan link media sosial yang ada. KA syorkan korang link kan blog menggunakan IFTTT

KA doakan semoga kita semua berjaya mencapai misi kita menjadi blogger berjaya insyaAllah.


Ulasan

(5)
  1. Terima kasih KA...mula mula PC sendiri pun binggung nak pilih general apa blog ni...akhirnya ambil personal...semua masuk..ikut citarasa...serious bukan mudah nak mantapkan blog sebenarnya...menangis banyak kali..senyum kelat selalu..tapi syukur sentiasa sebab sokongan kawan kawan yang tak jemu singgah dan komen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 PC. Itulah, saya pun banyak caca merba. Sebab asal berblog saya kerana saya suka bercerita.

      Padam
  2. Perkongsian yg bermanfaat utk panduan semua.. t kasih atas perkungsian KA.. :)

    BalasPadam
  3. terima kasih KA, tips yg sangat memabantu... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.