8 Kata-Kata Untuk Membantu Kita Melalui Minggu Yang Sukar

Esok permulaan hari untuk minggu baru kita. Adakah kita dah bersedia? Artikel ni sekadar berkongsi kata-kata untuk menambahkan lagi semangat kita.

“If I stop to kick every barking dog I am not going to get where I’m going.”
Jackie Joyner-Kersee

Jika kita tidak berputus asa, kita akan dapat apa yang kita impikan. Kalau kita patah semangat dan berhenti menyuarakan pendapat kita, kat situ jugak kita akan berada sampai bila-bila.

“The difference between successful people and others is how long they spend time feeling sorry for themselves.” Barbara Corcoran
Tak salah bersedih atas kesilapan yang kita lakukan. Namun kita harus ingat, dengan bersedih sahaja kita tak akan dapat memeperbaiki keadaan. So, do it!

“I hated every minute of training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion.’” Muhammad Ali
Tiada seorang pun yang lahir je terus top. Lahir je terus berjaya dalam kehidupan ke bisnes ke. So, usaha kita yang menentukan kita siapa nanti.

“It’s not about time, it’s about choices. How are you spending your choices?” Beverly Adamo
Pasti kita selalu dengar frasa 'masa yang mengubah segalanya' kan?. Tanpa kita sedari, sebenarnya bukan masa yang menentukan hala tuju kita. Namun pilihan yang kita buat yang sebenarnya menentukan. (Of course then come Kuasa Allah)

“The power you have is to be the best version of yourself you can be, so you can create a better world.” Ashley Rickards
Nak jadi diri sendiri pun dah susah, nak jadi diri sendiri yang terbaik lagi lah kan?. Biasa merasakan diri kita orang lain especially lepas tengok movie, baca novel, dengar ceramah motivasi, bca buku motivasi? pernah? Macam tu jugak dalam kes ni.

“Be daring, be different, be impractical, be anything that will assert integrity of purpose and imaginative vision against the play-it-safers, the creatures of the commonplace, the slaves of the ordinary.” Peter Lindbergh
Kita punya jati diri, prinsip. Selalunya banyak prinsip kita yang berlawanan dengan kebiasaan. Beranikan diri untuk keluar dari kelompok kebiasaan. Kalau kita nak berjaya, kita kena tinggalkan 99% sifat kebiasaan dan bersama dengan 1% sifat orang yang berjaya.

“The real voyage of discovery consists not in seeking new landscapes but in having new eyes.” Marcel Proust
Kita tak sedar yang sebenarnya, cara kita memandang dan menelaah keadaan yang silap. Bukannya keadaan tu. So, ubah cara kita berpandangan.

“I love to see a young girl go out and grab the world by the lapels. Life’s a bitch. You’ve got to go out and kick ass.” Maya Angelou

Point last ni mau kasi lagi kick. Apa-apa masalah yang datang anggap je chobaan. Sinsing lengan, bedal je masalah yang datang.

Semoga bersemangat semua pembaca!

Ulasan

(4)
  1. Esok juga monday blues, monday blues ni biasanya hari yang malas, sebabnya selalu bertangguh kerja, kerja yang sepatutnya dilakukan pada minggu sebelumnya diforwrd kan pada minggu berikutnya....sudahnya hari isnin lah jadi mangsa, lepas tu, mengeluh banyak kerja dan confirm malas nak pergi kerja, keladi tak nak cakap orang lain, sebabnya batang hidung sendiri selalu buat....tapi nasib baik dah bertaubat sikit...hihihihi tapi kadang kala ada gak habit lama muncul.....huhhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. tepat dengan komen. Hari ni saya dihujani dengan banyak sangat invoices! Sedey!

      Padam
  2. Betul...hadam sebaiknya setiap permasalan yang timbul...mohon pertolongan daripadaNYA...IN SHA ALLAH ok..amin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.