6 Langkah Menuju Gaya Hidup Bermakna

Semua orang ada matlamat hidup yang dicitakan. Selalunya kita merasakan betapa susahnya mencapai target dan gaya hidup yang lebih bermakna. Kadang-kadang ia cuma memerlukan beberapa langkah kecil sahaja untuk kita capai target kita tu, iaitu gaya hidup yang kita impikan.

Di dalam artikel ini, KA ingin berkongsi beberapa perkara yang kita boleh buat untuk kita menuju gaya hidup yang lebih bermakna.

Tukar mindset kita. Menukar persepsi adalah antara perkara yang selalu KA buat untuk tune gaya hidup KA. Kadang-kadang bila ada masa yang KA buat benda menjadi serba tak kena. Perkara ini akan buat KA down gila sampai terduduk. Memandangkan hidup kita ni penuh dengan kejutan, takkan kita nak biarkan perkara tu menguasai kita kan. We are what we think we are.

Hargai setiap benda kecil yang berlaku di dalam hidup kita. Cuba fikir, sepanjang hari ni adakah ada benda baik yang berlaku? Walaupun kita merasakan hari kita tu dah teruk sangat-sangat, jangan lupa bahawa pasti terselit benda baik untuk kita pada hari itu.

Menghayati keindahan alam. Bagi KA, KA secara peribadi sukakan hujan dan pemandangan sungai. Mungkin sebab KA lahir dari perkampungan nelayan. Tak kisahlah, kalau korang jenis yang kerja depan laptop, kat rumah pun terperuk. Korang WAJIB keluar, santai, nikmati keindahan bumi Tuhan ni. Hidup hanya sekali.

Buat baik kepada sesiapa sahaja. Perasaan tu apabila kita buat orang lain gembira tak kira lah dengan menolong sesorang melakukan kerja ataupun sekadar belanja minum, sangat tak ternilai. Tanpa kita sedari, dengan sedikit pujian juga boleh menceriakan hari seseorang. Senyum sekalipun diambil kira. Bila orang sekeliling kita bahagia, tempiasnya kita dapat juga.

Berbahagialah dengan apa yang kita ada. Ini bukanlah bermaksud kita selesa dan berpuashati sepenuhnya dengan apa yang kita ada. Tolonglah tinggalkan sedikit ruang untuk kemajuan diri kita, untuk kita develop. Maksudnya di sini, jangan mudah merasa rendah diri. Jati diri kita, prinsip kita, rupa paras kita, kita kena bangga dan enjoy. Usah cepat down.

Sentiasa cari masa untuk diri-sendiri. Tanya diri kita, apa yang kita perlukan untuk manjakan diri kita, untuk kita melayan kepuasan diri kita. Bagi KA, cheesecake, chocolate cake, tengok movie dan memasak boleh  buat KA rasa hidup ni sangat best. KA juga akan melukis kalau KA rasa nak melukis. Pendek kata, make sure kita cari masa untuk melayan diri kita sendiri. Barulah hidup tu rasa bermakna sangat.

KA harap, korang juga dapat manfaat dan jumpa benda-benda yang dapat membuat gaya hidup korang lebih bermakna. Jap, korang gemar buat apa ye kalau ada masa untuk diri sendiri?

Ulasan

(8)
  1. Kadang apa yang betul betul kita harapkan susah nak dapat..Allah nak didik kita jadi lebih penyabar...Allah ganti dengan apa yang DIA suka...supaya kita didik hati untuk syukur dan redha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup PC. APa yang kita nak belum tentu apa yang kita perlukan..

      Padam
  2. Tukar mindset!!!!! Betul betul sometimes the little things pun buat kita jadi laaagi bersyukur. And yes!!! Once a week kena cheat day gitu dlm dunia ni! Movie ke, makan best ke wahhhh. Best best hehe thanks :D

    BalasPadam
  3. Yang paling penting mindset kita. Dari mindset, nak lihat sesuatu perkara dari sudut positif atau negatif. Nak hargai orang dan sekeliling kita, atau tidak. Mindset kena positif, baru semua benda nampak positif =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indeed sis :) Thanks for visiting.

      Padam
  4. Huiyooh layout blog baru! Nice *thumbs up*

    Huhuh... hari ni graphic tablet aku buat hal baik punya, so tadi ni aku baru je lepas beli yang baru kat lelong.com. Aku dah rembat wacom bamboo sebijik, 7" interactive area. Huhuh... nope, aku tak sedih (sangat), aku rasa memang dah sampai masa graphic tablet lama aku tu jadi nyanyuk teruk. Huhuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeles betulla dengan Plain ni.

      Hoi orang kampung, kenalkan PLain yang tak perlu diperkenalkan lagi yang sangat terer dan kreatif ni. I mean, seriously kalau nak tengok orang kretip tahap gaban, plain lah orangnya. Serba serbi kretip la dia ni!

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.