Wood & Steel; Food, Furniture and Art

Sebelum ni KA dan wife hanya lalu je restoran ni. Sebab KA ni jenis yang lems sikit kalau bab nak memulakan langkah ke restoran or cafe ala-ala hipster ni. Bukan apa, KA ni minatnya warung-warung yang lebih. Nasib baik la si wife ni jenis yang suke try cafe macam ni. So, petang semalam, kitorang berjaya jugak la test makan kat situ.

Khusus bagi penggemar makanan barat dan sukakan suasana tempat makan yang lain daripada yang lain, Wood & Steel Subang ni memang cun.


Kena dengan nama dia Wood & Steel, dekorasi dalaman memang pure kayu dan besi. Kalau korang suka tengok program the Pickers, King of Restoration, Pawn Stars dan channel History, confirm korang akan suka tempat ni.

Dalamnya penuh barang antik dan vintage termasuk meja kerusi yang korang guna.


Semalam, KA order Moroccan Lamb Shank dengan Babe Ruth cooler. Wife pula order Classic Grilled Chicken dengan Betty Boop cooler.




Lamb shank dia besar gila. Mula-mula tengok tu rasa macam tak habis dah. Tapi,perut KA ni bukan sebarangan, sedap pulak tu. Tup tup dah habis. Tapi wife cakap kuah black pepper yang datang dengan lamb shank KA tu manis sikit. KA try brown sauce yang wife punya Classic Grilled Chicken tu, serious sedap!

So, kalau korang nak try, baik gi sekarang sebab ada promosi.


Overall, KA rasa makanan dia kalau 1 hingga 10, KA boleh bagi 7.5 kot. Itu pandangan peribadi KA untuk makanan yang KA order je tau. Parking banyak, senang access, surau dekat, stesen minyak banyak. Kalau korang nak gi, korang lalu je Jalan Sungai Buloh menghala ke Shah Alam. Kedai ni sebelah kiri selepas Star Avenue Subang Bestari. Kalau dari Subang Airport dalam 5 minit ke 10 minit je. So, selamat mencuba!

Ulasan

(6)
  1. cafe cantik, makanan pun nampak sedap..kena cuba ni

    BalasPadam
  2. memang cantik decorasi restoren ni dan lamb shank tu nampak sangat sedappppp...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah datang singgah2 lah.. berbaloi baloi.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.