7 Cara Untuk Menjadi Lebih Kreatif

Bila kita cakap soal kreatif, mesti kita akan terlintas bahawa kreatif ini adalah lahir dari bakat terpendam yang cuma ada pada sesetengah orang bukan? Kalau kita fikir macam tu, ternyata kita sebenarnya silap.

Buktinya ada di kalangan sahabat KA sendiri yang berjaya dalam dunia kreatif ke tahap yang membanggakan termasuk global. Tahukah korang, kreatif sebenarnya boleh dilatih dalam diri kita? Macam mana kita nak latih?

Jom baca sikit 7 cara mudah untuk jadi lebih kreatif ni.

1. Buat benda bukan rutin atau rambang

Bagi KA, benda ni merupakan peraturan pertama kalau kita nak jadi lebih kreatif. Ya lah kan, kalau kita asyik ulang benda sama dalam hidup, sampai sudah tak boleh nak kreatif. Kita boleh mulakan sebagai contoh, tukar jalan untuk ke tempat kerja, tukar menu breakfast, tukar perhiasan atas meja kerja dan macam-macam lagi.

2. Jangan takut untuk buat kesilapan

Jangan sesekali takut untuk membuat kesilapan dalam mencuba benda-benda baru. Kalau korang takut sebelum mencuba, memang that's it la. Sampai bila la kita akan set otak kita untuk buat benda sama. Silap sikit tak apa demi kemajuan.

3. Berfikir di luar kotak

Sedikit berkait dengan poin nombor dua tadi, kadang-kadang kita kena alih sikit cara kita mengkaji dan memandang sesuatu perkara. Kita juga kadang-kadang harus mengosongkan minda kita sebelum membuat sesuatu. Relax and react.

4. Ruang dan masa yang mencukupi

Untuk menjadi lebih kreatif juga kita memerlukan masa dan ruang yang cukup. Pastikan ruang kita cukup selesa untuk kita meluahkan sifat kreatif kita. Masa kita juga haruslah mencukupi dan sesuai dengan keadaan kita. Tapi jangan takut untuk sentiasa mencabar diri kita dalam keadaan masa dan ruang yang terhad.

5. Keluar dan perhatikan sekeliling

Ini penting. Kalau nak jadi penulis yang bagus, kita kena membaca medium yang bagus. Untuk menjadi jurugambar yang bagus, kita kena membuat pemerhatian yang bagus selain peralatan dan ilmu yang baik. Sama juga kalau kita nak menjadi pekerja yang bagus, kita kena perhatikan cara orang yang bagus bekerja. Get out and explore please.

6. Bergaul dengan orang yang berbeza dari kita

Ini satu benda yang kita akan rasa susah pada mulanya. Bergaul dengan orang yang tak sependapat dengan kita, bergaul dengan orang yang trend pemakaian tak sama dengan kita, bergaul dengan orang yang minatnya tak sama dengan kita pasti susah. Kita ingat balik poin nombor dua, jangan sesekali takut. Dalam tak sedar, kita dah berjaya dapat pandangan dari pelbagai orang mengenai sesuatu perkara.

7. Enjoy!

Wujudkan rasa ingin tahu yang tinggi kerana dalam mencapai matlamat untuk menjadi lebih kreatif, curiousity is one of the top thing you should have peeps!

KA harap dengan perkongsian ini kita akan jadi lebih kreatif dan dapat mengubah stigma yang kreatif tu sesetengah orang je ada. Selamat berhujung minggu semua. (^_^)y

Ulasan

(13)
  1. Bagus tips ni.
    Setuju dengan no 5. Bila kita keluar dan observe keadaan sekeliling kita, banyak perkara yang boleh dijadikan inspirasi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, selagi kita duk tercongok kat rumah dan cuba perah otak sedangkan kita tak observe..memang berpeluh dulu la. Tu pun kalau idea tu datang.

      Padam
  2. Setuju...berani mencuba...dan PC rasa bila kita macam buntu...yes...keluar melihat sekeliling itu membantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Point tu selalu berjaya buat saya PC :)

      Padam
  3. maklumat yang berguna......dan blog yang menarik....hihihihi

    BalasPadam
  4. Tahnk you. Harap bermanfaat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.