Cari Blog Ini

01 November 2015

Malam Minggu Hoi Hoi Yahoi UZMA

Assalamu'alaikum,

Haa... pos yang lepas aku ada bagitahu yang aku sibuk dalam dua minggu lepas kan? Sebenarnya, planning dan kesibukan tu bermula dari awal tahun lagi. Kemuncaknya sibuk seminggu dua lepas dan semalam alhamdulillah, program berjaya dengan smooth walaupun ada dua tiga salah silap. Itu normal hokay!

Malam Minggu Hoi Hoi Yahoi UZMA ni tak lain tak bukan adalah Grand Dinner yang dirancang oleh Datin Rozita Mat Shah herself. Dia rancang program ni untuk mengeratkan lagi hubungan antara staffs dan untuk menghargai staffs. Maklumlah, kami ni ada yang kerjanya di darat, ada yang kerjanya di laut. Korang rase? program macam ni lah yang mengeratkan silaturrahim antara kami.

Program ni diadakan di Royale Chulan Damansara sebelah eCurve tu. Program dimulakan dengan iringan medley oleh Oby Geng. Best wo... Ala-ala kugiran Pop Yeh Yeh dan 60an dulu. Yelah, tema kitorang pon P.Ramlee Classic Movie. Haa.. boleh bayang tak? Ada Marjina, Ali Baba, Doktor Rosmadi, Setan Aminurrasyid...eh, Sultan Aminurrasyid, Saloma, Pak Belalang, Pak Lebai, 3 Abdul dan bermacam lagi. Aku, entah... Nabil panggil aku S Kadarisman dan jugak Umar.

Ye! Nabil Ahmad pun ada. Dia dengan Angah MLM jadi emcee. Kelakar, spontan dan sporting habes!



Mahappp..telepon murah. Tapi dorang sporting habis. Aku ni tukang pegang bekas lucky draw masa sesi lucky draw. Apa-apa yang kitorang advise Angah dan Nabil on the spot, dorang follow. Sangat senang dan fun dealing with them. Kalau company korang nak cari emcee untuk event, pilih la dorang. Happening!

Malam tadi juga kami dihiburkan oleh The Lomas dan Hazama. Puas hati dapat dengar Hazama nyanyi lagu-lagu popular dia. Interaksi dengan orang ramai pun sangat hebat. Siap boleh melayan kerenah kitorang lagi...padahal agenda pack gila. Well, kaum hawa lah yang paling happy aku tengok. Mau tak happy, dah lah handsome... suara sedap pulak tu.



Berpeluh-peluh Hazama melayan kitorang.

Masa dah dekat hujung-hujung performance Hazama, Nabil naik kat atas pentas. Guess what? Ada surprise baik punya. Nabil mempersilakan Ella! Semua macam terpaku. Kalau korang nak tahu, HODs kitorang ni memang minat gila dengan rockers 80s and 90s especially Ella dan Awie.

Bila Ella masuk je Mutiara Ballroom, semua bersorak. Kalau tak silap aku dalam 4 lagu jugak Ella bawak semalam. Nothing much to say about her... suara sedap as always, comel-comel gitu pakai jump suit. Yang penting, sporting gila!



Happening habes kan? Dengan Dato' dan Datin sekali turut join havoc kan dance floor.

Performance satu hal, Lucky draws pun terbaik wo. Grand prize dapat Package Umrah untuk dua orang, Second dan third dapat iPhone 6S Plus, fourth dapat iPhone 6S, fith dapat Samsung S6 Edge Plus. Pendek kata dua puluh hadiah utama tu semua best-best. Samsung LED Series 5 48" dan Playstation 4 pun ada! Tu belum kira draw masa nak register masuk. Huih.. seronok le siapa yang dapat tu kan.

Walaupun aku sendiri tak menang apa-apa dan penat gila, tapi seronok handle program macam ni. last year handle Team Building dah. Experience yang berharga. Semoga ada lagi next year. Chiow!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.