Cari Blog Ini

14 November 2015

Island BBQ Steamboat, Kampung Melayu Subang

Assalamu'alaikum.

Nak share satu lagi port steamboat best untuk yang duk area Subang.

Lot 3370, Jalan Kemboja, 
Seksyen U5, Kg Melayu Subang, 
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
TEL: (+6) 012 6 8000 41
GPS : N 03  09.746′   E 101  31.765′

Apa yang special tentang tempat ni? bagi aku sebab lokasi dia yang dekat kawasan perumahan. Dia punya design tempat pon cantik. Surau, tandas, parking yang luas dekat belakang. Ape lagi ye? perapan dia pun sedap. 




Yang aku suka lagi tentang tempat ni, dia tak banyak pilihan benda yang aku tak berapa suka. Yang ala bebola isi ikan, ketam semua tu aku tak suka sangat. Nasib baik tak banyak. Haa... Meh nak cakap sikit. Kalau nak bertahan lama layan steamboat ni. Elakkan ambik banyak bebola tu. Benda tu akan membuatkan korang cepat full!


Benda ni pun macam menarik jugak. Aiskrim Strawberry dan Mint yang sangatlah refreshing. Untuk warga subang, datang lah. Harga sekepala RM24.90 untuk dewasa dan belas-belas je untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 5 tahun makan free. Haaa... Tapi kalau nak datang, better awal or buat tempahan. Ramai uols!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.