Ketibaan Yang Dinanti

Alhamdulillah. Dua minggu aku tunggu akhirnya muncul jugak beliau. Alhamdulillah jugak kerana Allah pertemukan aku dengan sahabat lama suami isteri. Dorang ni stokis untuk satu kampeni jual beli emas iaitu Powergold.biz yang mana wakil kepada Amethyst Gold Creation untuk jualan produk emas dorang.

Baru aku tahu perasaan pompuan apabila emas berada di dalam tangan. Walaupun secoet, tapi feel die boleh buat mata berkaca uh! So, korang confirm dah tahu kan pebenda yang tiba tu. Hari tu.. (hari tu maksudnya satu masa yang dah berlalu yang aku tak ingat tarikh spesifik) kawan aku kenalkan dengan group yang die dan bini die manage. Group belajar ilmu emas.

Dalam group tu dorang ajar macam mana nak dapatkan emas dengan harga murah dan kepentingan menyimpan dalam bentuk emas dan bukan wang kertas. Yea.. of course.. inflation antara faktor dia. Emas kalis inflation taw! Zaman nabi dulu satu dinar dapat beli kambing sekor, zaman la pon sama.

So, nak dijadikan cerita. Aku dah selamat menjadi ahli Powergold.biz tu dan aku selamat jugaklah membeli sekeping suku dinar untuk simpanan. Sekeping dinar baru je sampai pagi tadi... yang ni aku nak wat mahar masa kawen nanti. Bagi mas kahwin dalam bentuk duit cepat habis taw!

Dengan sampainya dinar aku pagi tadi, maka satu lagi checklist persiapan kawen aku dapat aku mark as done! Alhamdulillah..... nanti kalau aku rajin, insyaAllah aku share kenapa pentingnya menyimpan emas berbanding duit kertas. Untuk permulaan, especially bagi yang nak atau baru melangkah ke gerbang perkahwinan. Aku sarankan dan aku rasa suatu kemestian korang start amalkan menyimpan 1gram emas sebulan. Alah, satu gram baru seratus lebih sekarang, tapi nilai die masa depan sendiri mau ingat aaa.. kalau yang dah ada anak, buat tabungan emas anda sendiri.. 12gram setahun sementara nak tunggu dorang besar, banyak tu dapat kumpul.

Argghhhhh...melalut lak aku ni. Oraet boboy and gegel. Pakcik chow dulu.. papehal, korang tengok gambar di bawah ni dan kalau nak beli emas simpanan, sms or save nombor tu. Aku tolong korang dapatkan dengan harga ahli. Kalau nak jadi ahli pon dialukan.. banyak faedah beb. Arghhhhh....melalut sudah masuk level 2! K lah..ciawwww!

Ulasan

(4)
  1. tahniah...!! dah celik tentang emas.... :)

    Mokchik pun tengah survey2 juga PowerGold ni... kempennya hebat bebenor..!! terliur Mokchik... hehehehehee... mudah-mudahan lebih ramai anak-anak sebangsa Mokchik celik emas.... Aamiin...

    *singgah sini menghulur salam perkenalan...*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena terliur. Saya yang ahli biasa pun dapat rasa. Kalau akak2 stokis tu laaaaagilah rasa. Jeles je tengok income dorang. hee

      Padam
  2. patutlah sibuk..sedang buat preparation utk kawin..good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah. Lately macam-macam dugaan datang.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.