Flood Relief - Berat Mata Memandang, Berat Lagi Si Bahu Yang Memikul Bebanan

Photos by Khamsi Abdullah / Dato' Kamarul Redzuan

Assalamu'alaikum...

Dua tiga hari lepas, aku dengan warga UZMA yang lain dalam lebih kurang tiga puluh orang lebih... Alhamdulillah, telah selamat menjalankan program bantuan pasca banjir di kawasan Guchil dan Kampung Laut di Kelantan. Program ini juga disertai oleh persatuan alumni MRSM KB - ANSARA yang menjadikan jumlah peserta program pada kali ini seramai seratus lima puluh orang.


Program kali ini mungkin sama sahaja tentatifnya dengan program yang dijalankan oleh NGO lain yang masih tidak berhenti keluar masuk di kawasan yang terkesan. UZMA bagaimanapun telah menyumbangkan 7 water solution system untuk kedua kawasan yang terlibat itu. Ini memandangkan kedua-dua tempat tersebut mempunyai sumber air bersih yang sangat terhad.








Keadaan di kawasan yang terlibat sangat teruk. 'Ground Zero', itu je yang mampu aku cakap. Bayangkan, kami yang ramai pun tak tahu dari mana untuk kami mulakan, inikan pula seorang nenek dalam lingkungan umur 70 ataupun 80 tahun menghadapinya seorang diri. Ada anak pun jarang balik. Setiap kali mengenang nasib, berkaca matanya.





Melihatkan wajah anak-anak kecil yang masih dalam keadaan trauma walaupun tidak mengerti. Lidah kami kelu. Air mata tidak putus melimpah dari kolamnya. Sungguh, berat mata memandang tak sehebat beratnya bahu yang menggalas segala bebanan.

kA: Tak dapat nak ceritakan perjalanan program secara detail. Kepada sesiapa yang berkemampuan dari segi tenaga... Pergilah... ringankan beban mereka di Pantai Timur dan kawasan lain yang terlibat.

Write a comment