Adik-adikku,
Percayalah... Kakiku pernah juga dicarik
Oleh onak di denai yang sama itu
Pernah aku meniti di titian yang sama
Memenuhi satu lagi tagihan dunia
Adik-adikku,
Api-api semangat menuntun usaha
Kau harus kuat
Sungai-sungai doa menyubur taqwa
Kau harus waspada
Cahaya-cahaya petunjuk membenar tawaqqal
Jangan berputus asa
Usah kau biar lara menjalar dek lembaran kertas
Kertas-kertas itu bukan punca kecewa
Usah kau tangisi apa keputusan
Karena segalanya dari Tuhan
Adik-adikku
Usah malu meratah hati
Usah segan menyendiri
Usah takut terus berdiri
Kerana setiap sangkaan akan mati
Kerana setiap pandangan senang dikaburi
Kerana setiap cacian mudah memakan diri
Nyanyikan lagu kedamaian
Tanda hati aman
Jogetlah tarian kebebasan
Tanda tiada tambatan
Teruskan, persiapkan untuk keagungan masa hadapan
Redahlah namun ingati Tuhan
kA: tajuk tiada kena mengena dengan isinya.
Percayalah... Kakiku pernah juga dicarik
Oleh onak di denai yang sama itu
Pernah aku meniti di titian yang sama
Memenuhi satu lagi tagihan dunia
Adik-adikku,
Api-api semangat menuntun usaha
Kau harus kuat
Sungai-sungai doa menyubur taqwa
Kau harus waspada
Cahaya-cahaya petunjuk membenar tawaqqal
Jangan berputus asa
Usah kau biar lara menjalar dek lembaran kertas
Kertas-kertas itu bukan punca kecewa
Usah kau tangisi apa keputusan
Karena segalanya dari Tuhan
Adik-adikku
Usah malu meratah hati
Usah segan menyendiri
Usah takut terus berdiri
Kerana setiap sangkaan akan mati
Kerana setiap pandangan senang dikaburi
Kerana setiap cacian mudah memakan diri
Nyanyikan lagu kedamaian
Tanda hati aman
Jogetlah tarian kebebasan
Tanda tiada tambatan
Teruskan, persiapkan untuk keagungan masa hadapan
Redahlah namun ingati Tuhan
kA: tajuk tiada kena mengena dengan isinya.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.