POOS Operational Workshop, Session 2013 - Avillion Port Dickson

Assalamu'alaikum,

Firstly, aku just nak meluahkan sedikit kekecewaan kerana sebelum ini aku ada draft beberapa entri untuk di-upload ke Blochue ni yang malangnya telah terdelete secara tidak sengaja. Maafkan aku sekali lagi kerana telah lama tidak mencurahkan ide di lembaran ni.

Berbalik kepada tajuk entri ini. Last couple of weeks (Argh...terpaksa mengulangi tulisan!), kami satu department ada buat satu workshop merangkap outing beramai-ramai. Walaupun workshop, namun oleh kerana pemilihan tempat yang sangat menarik dan cantik seperti Avillion Port Dickson telah membuatkan workshop kami seperti percutian! Diikuti dengan acara dan program yang happening menambahkan lagi kemeriahan workshop tersebut.

Kita mulakan dengan sedikit tentative program yang telah dijalankan pada hari-hari tersebut.
  • Program bermula pada hari Jumaat di mana hari kami bertolak beramai-ramai menaiki shutter van dan pool car setelah kesemua offshore crew sampai dari Sabah, Sarawak dan beberapa tempat dari semenanjung. Yang kelakarnya, pada mula kami sampai di Port Dickson, we've mistaken the Avillion Port Dickson dengan Avillion Admiral. Patutlah tak ada nama kami didaftarkan di sana! 
inilah tempat sebenar; Avillion Port Dickson
  •  Pada malamnya, aktiviti kami dimulakan dengan keluar makan beramai-ramai di Kims Seafood, Port Dickson Waterfront. Makanan di sini sangatlah sedap dan fresh! Antara menu yang dihidangkan termasuklah Siakap Masam Manis, Haruan Tasik steam halia, Udang Tempura, Kepah dengan Sup Herba, Kangkung goreng belacan dan banyak lagi. Dessert pula kami disediakan dengan Kelapa Jelly dan Puding. Bagi meringankan proses angin keluar dari perut, kami ada Teh Hijau dengan Jasmine, tapi yang ni aku tak suka sebab rasa macam Listerine Green Tea!
Abang Azam, one of the driver for our shutter kena bahan! Salute kat bro Azam sebab sporting habis!

Nyum! Siakap fresh yang garing di luar dan juicy di dalam!

  •  Lepas balik daripada dinner malam tu, semuanya tidur awal dek kerana penat kerja tak hilang lagi terus kena travel dari Kuala Lumpur sampai Port Dickson. Alhamdulillah, biliknya sangat luas dan tak mengecewakan. Malah melebihi jangkaan.
View sore di Selat Melaka

Luas dan selesa


Shower best! Bawah nampak laut, atas nampak langit. Kebetulan malam tu hujan, so mandi pon macam mandi directly under the drops of rain.



Favourite spot untuk aku layan social network sementara tunggu program seterusnya.

Balcony yang sangat best


Malam dah, jom tidur!
  •  Pada esok paginya, kami bersarapan di kafeteria hotel menggunakan kupon yang disediakan. Banyak sangat kepelbagaian makanan di sini. 
Avillion nye kafeteria



otai LPS dan WIM

Buruk bebeno muke orang lapar kat tengah tu ha-.-"

Ramai orang kerana ada satu bank pon buat Team Building kat sini.
  •  Dah kenyang semua, kami terus ke dewan kuliah di bangunan apa nama entah di belah belakang resort sikit ni.
Mr George sedang menyampaikan HSE Briefing


Perhatian, ini bukan latihan praktikal oil n gas. Ini memasing duk pikiaq nape kopi tak keluar.

My beloved supervisor yang maintain cool ketika memberi penerangan.

Our GM sedang memberi penerangan berkenaan operational issue. Alhamdulillah, program ni membuka mata semua attendees
  •  Di sebelah petangnya, kami ada sedikit telematch dan treasure hunt sebelum beramai-ramai melakukan terjun tiruk ke dalam swimming pool yang diberi nama Cochin Pool kalau tak silap. Sila beri perhatian, Cochin ni kalau korang mandi, tak boleh bising even terjun tiruk pun sebenarnya tak boleh!

Semua sporting, kalah budak Pasti AlHaq Kedai Buloh

Siap berjoget lagi you~~

Aku kena jadi Rimau dalam salah satu game.

Projek MRT sedang dijalankan...except kepala ketapi takdak.


Dua otai yang sporting sungguh!
  •  Then, malam tu kami ada barbeque dinner dan karaoke sebelum memasing balik untuk berehat. Esok paginya ada lagi satu session post mortem dan discussion bersama our GM dan our VP Operation, Mr Naza sebelum kami berangkat balik setelah selesai semua aktiviti pada hari Ahad, 17 November 2013.

Salad Bar

Usha apa tu ha? PAri panggang memang terbaik! Pedas~

Bro Haiqall and Asshyahid

Semua muka lapar!

Bergambar depan salad, tapi salad la yang paling lambat habis...err..tak habis.

Dilah, apa yang ko skodeng dalam pinggan aku ha?

Yang baju belang ni Meor, from HR dept. Kesian die demam.






Terima kasih kepada pihak pengurusan dan kepada semua ahli jawatankuasa yang menjayakan program yang sangat best ni! Walupun agak penat, tapi in the end of the day...everyone go home with the sweetest memories. Jom tengok gambar lagi sekitar Avillion Port Dickson.

























kA: Thanks kepada korang yang masih sudi singgah ke blog aku ni taw! Love you!

Ulasan

(2)
  1. mesti seronok kan...fuhh makanan semuanya nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok, nak-nak bila orang belanja. haha.. harapkan duit gaji sendiri lambat la sikit nak sampai nya. :P

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.