WFH. Yay or Nay?


Assalamualaikum. 

So, it was decided that every Wednesday is a work-from-home day for everyone of us. Bagi aku, bagus juga management decide untuk buat WFH satu hari seminggu, sama hari untuk semua orang. Tak adalah clash schedule kalau nak buat meeting atau discussion kan. Lagi satu, kalau semua orang tak datang office satu hari, ribu jugak oi boleh jimat penggunaan elektrik dan air. 

Dibandingkan dengan sebelum ni, kami optional WFH satu hari seminggu yang kami boleh pilih je nak hari apa. Which is good for us sebagai pekerja. Yang tak bagusnya, schedule clash, IT personnel susah nak cuti sebab orang akan ada je kat office walaupun alternate. Kalau sorang je masuk office pun, electricity sama juga penggunaannya. Peralatan elektrik, pendingin hawa, mesin fotokopi dan lain-lain tetap kena pasang jugak. 

Masalahnya untuk aku secara peribadi je lah... Aku kalau dah kat rumah ni susah nak fokus. Ulang-alik buka pintu peti sejuk lah, tengok kain sebakul pun jadi tak keruan, buka streaming apps lah, menconteng lah. Memang banyak lah lah yang jadi kalau kat rumah. Aku rasa macam aku kena buat kerja kat office je start next week. 

Anyway, kita tengok dulu performance WFH aku hari ni. Kalau aku boleh stick kat To-Do-List aku, next week kita WFH lagi. Kalau tak produktif, memang aku kena pergi office jugak la. 

Kerja dah santai ni kalau kita santaikan lagi dia, memang tak jadi apa. Ghisau dari santai jadi tapai je. Korang ada masalah takleh fokus jugak ke eh? Ada tips tak? 

Jangan suruh aku isap rokok pulak. Dah banyak tahun aku tinggal. Semoga kita semua kekal semangat! ❤️

Ulasan

(5)
  1. waaaaa bestnya boleh WFH lagi, tapi memang tengok ada orang yg kerja bank sesetengahnya masih ada WFH lagi. Kadang ada kerja yang memang boleh dibuat di rumah tanpa ke pejabat ok jugak. Buat kerja sambil pakai baju kelawar santai je ehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah la bos masih bagi. Legalah jugak especially orang yang ada anak kecik macam saya ni.

      Padam
  2. Uncle memang cluster WFH forever.... dah rasa canggung kalau kena masuk opis....

    Wow! Pakai fountain pen!

    BalasPadam
  3. Bestnya kerja WFH...office SA ni jangan harap...dapat pun masa PKP tu je la..itupun rotation

    BalasPadam
  4. Suami saya juga sama. WFH sekali seminggu. Walaupun dia juga lebih suka kerja di office, Krn lebih fokus dan terkadang butuh akses ke database yg hanya bisa dari office.

    Tapi kalo memang tak terlalu perlu, dia pun lebih memilih kerja Kat rumah 😄

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.