Rindu Suasana Oil & Gas. Aku? Rindu ke?


Ada sorang akak ni baru masuk kerja tempat aku kerja ni. Bagus la kan dress up akak-akak, cakap pun elok selalu pesan suruh humble. 

Namun, lepas je dia tahu aku pernah kerja dalam industri O&G lama sebelum aku kerja dalam industri sekarang... Asal jumpa je selalu cakap, "Rindu la suasana oil & gas. Adik rindu tak?"

Hell nawwww! 

Gila kau nak rindu industri tu. Siapa yang kat dalam industri tu tahu la pressure dia macam mana. Gaji sedap? Der... Tak semua company O&G boleh bagi gaji sedap. Client or main contractor boleh la bagi letup-letup. GLC ke dengan bonus berbulan-bulan gaji. Kadang ada je main-con bagi ciput. Elok nama main con, baik letak nama con-man. Aku ada baca hari tu even GLC pun lepas ni nak bagi bonus kena approval sampai level menteri. Masak dek. 

Anyway, sambung pasal akak tu tadi. Takde la aku jawab macam tu kan. Sebab aku pun agak bo layan. Kalau jawab macam tu nanti apa kata netizen kan? Anak muda tak hensem kurang hajar dengan akak tawaduk. No no no.. rosak kredibiliti aku. 

Aku jawab je lah "Tak kak. Rindu kawan-kawan ye. Rindu suasano? Takdenye." 

"Ye lah kan, nak buat macam mana, rezeki adik kat sini je. Takpe lah, bertahan je kat sini dulu setahun dua." Balas dia. 

Eh, ke situ pulak. Aku dah mula konfius. Aku salah ayat ke dia yang tak reti bahasa sebenarnya? 

"Akak tawaduk... For your information, ai tak hengen nak masuk balik oil & gas. Gaji sana pun lebih kurang sini. Sini banyak lagi sebenarnya. Team pulak, sini the best team I ever have. Dari kepala sampai bawah semua the best. Sana apa ada?" Yup, sekali lagi aku biarkan jawapan aku ni bermain dalam kepala aku sorang je. Sebenarnya aku just jawab "heheh heheh ye lah kan. Nak buat macam mana. Akak nape tak masuk balik? Kena retrenched ke?"

" Ye lah kan dik. Masa tu covid kan? Semua company sengsara."

Tahu takpe. Lepas aku jawab " owh..." Aku terus mintak diri dan terus berlari anak dalam hujan yang semakin lebat menuju ke tampat parking motor sambil tangan satu letak atas kepala. Aku pun tak tahu kenapa aku letak tangan atas kepala. Basah sama ye jugak. Cuma lebihnya bila letak tangan atas kepala sambil berlari anak dalam hujan ni, feeling dia. Macam hero Korea Selatan lepas berpisah dengan awek selepas seharian dating. Gitulah gamaknya kan? Lantak.

Serius cakap, aku rindu kawan-kawan dalam oil & gas sebab lama tu berkawan. Bila lain tempat kerja dan lain industri ni, agak susah la nak sama jadual nak berjumpa. Semoga semuanya sihat & bahagialah ye bersama keluarga tersayang. 

Lagi satu, few weeks back aku ada lepak-lepak sekejap dengan kawan-kawan lama. Dorang pun tak tahan dah dan aku rasa paling lama lagi setahun, dorang akan proceed dengan plan B dorang. Plan B dorang pun aku tengok dah stabil, lagi stabil daripasa dorang stay je kat situ. Aku sokong sangat kalau kawan-kawan meniaga. Lagi-lagi bila nampak dorang dah boleh stabilkan ekonomi kedua masing-masing. Pencen muda la nampak gayanya walaupun masing-masing dan nampak 4 series. 

Begitulah hidup ni kan? Tak semuanya indah dan tak semua yang kita duk nampak teruk dan buat teruk tu sebenarnya teruk. Dalam tak sedar, mungkin itu yang terbaik untuk kita. Atau itu je yang layak untuk kita. Har har har. Umur umur macam ni aku sebenarnya dah tak fikir driven sangat. Lantak lah orang nak kata apa. Janji komitmen tak sangkut, anak bini tak kelaparan. Ada lebih boleh la share manis-manis dengan keluarga, mak ayah. Anak-anak pun tengah membesar. Buat apa aku nak tangguh kebahagiaan yang pasti untuk sesuatu yang belum pasti. Kejar-kejar tak dapat, anak-anak sedar tak sedar dah besar. Takkan nak sedar masa dorang dah nak kawen dak? Simpang. 

Life is choice. Semuanya tentang pilihan. Cumanya... Bersediakah kita nak hadap akibat daripada pilihan yang kita buat? Jangan terlalu banyak fikir. Kita hidup bukan lama pun atas dunia ni. Kekal bahagia, jaga hubungan dengan Allah dab jaga hubungan dengan manusia. Semoga kita semua bahagia dunia akhirat. Aminn.


Ulasan

(2)
  1. Ya Allah saya langsung teringat teman saya yg banyak kerja di O&G , keluhan mereka samaaa kak. Stress gilaaa kerja di sana hahahahaha.

    Rata2 gaji teman saya nih memang dah besar. Tapi pressure kerja tuh tak boleh tahan. Kalo tak kuat, resign langsung.

    Teman saya mostly wanita msh bertahan, karena buat dia gaji kayak sangat. Tp tiap kali ketemu, pasti curhat tentang pressure kerja 😅

    Saya tak pernah di O&G, tapi papa saya dulu 40 tahun di O&G. Hanya saja duluuuu THN 80an sampai awal 2000, memang O&G masih berjaya kan. Benefit pun macam tumpah ruah dikasih ke staff dan keluarga. Saya ikut merasakan. Semua gratis. Tp setelah awal 2000 memang berkurang drastis 😄. Untungnya papa dah nak resign. Walaupun masih dikontrak di beberapa O&G sampai akhirnya memutuskan betul2 resign

    Skr nih, better pilih kerja yg tak buat stress. Makin banyak orang sakit mental lately.

    BalasPadam
  2. Orang yg dah masuk dalam dunia tu je yg tau kan? Faham2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.