Assalamualaikum geng.
Jumaat hari tu masa Solat Jumaat, Imam Masjid Muhammadi Angkasapuri ada umumkan lepas solat fardhu Jumaat tu ada solat jenazah. Masa lepas solat jenazah tu ada waris arwah bagi kata-kata. Memang sebak la kan. Nak-nak umur-umur macam aku ni kalau ikut umur Nabi Muhammad s.a.w. dah lebih dari separuh dah. Arwah pun katanya muda lagi. Tak silap aku punca kematian sebab sakit kepala. Sakit macam mana tu wallahua'lam la kan.
Namun, macam tu lah kita. Setiap hari Allah bagi peringatan dari pelbagai cara. Petang tu dalam duk baca posting pasal Palestin dan Gaza, ada satu post dari saudara-saudara kita dari Timur Tengah berkenaan haramnya muzik. Terus timbul rasa berdosa ya amat. Aku ni bukanlah orang yang baik. Muzik aku memang suka sangat dari zaman sekolah. Genre aku tak kisah. Dari nasyid, qasidah, pop, jazz, metal dan macam-macam lagi aku layan semuanya seiya sekata sehati dan juga sejiwa.
Dalam dorang duk berkelahi pasal haramnya muzik, salah satu komentator ada sebut ada kajian pasal frequensi muzik yang membuat kita ketagih dan juga menjauhkan hati kita dari Al-Quran. Langsung aku teringat yang puasa lepas aku tak sempat katam. Lagi rasa berdosa. Dah lah hari biasa pun jarang-jarang selak lembaian kitab suci kita.
Dalam ramai-ramai tu ada yang recommend guna apps Quranly. Aku try download, install dan guna. Serius cakap, aku rasa macam seronok sebab dia lebih pada tracking dan pupuk tabiat baca Al-Quran.
Ni screenshot lepas aku baca Al-Fatihah. Yup, kena restart balik la bacaan Al-Quran. Mana boleh kita nak transfer dari bookmark manual ke apps ye dak? Hee 😅
Sungguh, apps Quranly ni sangat best. Yang buat lagi best, kita boleh opt untuk subscribe monthly dengan RM10 atau Lifetime. Kalau kita betul-betul tak mampu, dia ada option guna dengan percuma kalau tak mampu. Kalau yang biasa track habit guna journal ke planner, aku yakin korang akan suka sangat apps ni.
Semoga setiap usaha kita ke arahNya diredhai dan diberkati ye geng.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.