Agak lama dah rasanya aku tak melepak bersama kawan-kawan. Walaupun semuanya tinggal di Lembah Klang, tapi disebabkan kesibukan kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga membuatkan kitorang jarang jumpa. Whatsapp tu tiap-tiap hari ada je la.
Selasa lepas si Paan ajak lepak. Kebetulan hari Selasa tu wife aku kerja petang. Terpaksa la aku reject & cakap lepak semalam, Rabu. Sekali masa naik motor nak keluar petang tu, baru je nak naik Dash Highway, hujan selebat alam. Peh, kuyup nok! Janji punya pasal, aku sarung raincoat dan redah je. Kitorang jumpa kat restoran Zafran sebab ada antara kitorang nak shisha kat situ. Lagipun situ port kitorang kalau nak lepak petang ke malam. Dulu zaman bujang banyak gi karaoke. Tapi dah tua-tua ni mana larat geng.
Dulu aku rasa surau dia proper la jugak dalam building, semalam aku gi tengok surau dah pindah. Kaki lima dia pasang partition frosted glass. Semalam hujan lebat habis basah. Nak tak nak, solat jugak la kat situ. Nak menapak ke masjid Kampung Baharu jauh pulak dengan hujan lagi.
Sesekali jumpa lepak-lepak, catch-up cerita life kawan-kawan. Benda simple macam ni sebenarnya membantu kesihatan mental kita dengan syarat, circle yang kita nak share tu circle positif. Ada idea yang dikongsi, penyelesaian masalah dan kadang-kadang tu ada lubang dan peluang business. Walaupun semua cerita kita cerita dengan pasangan, tapi tak semuanya kita akan dapat jawapan dan respon yang tepat. Pandangan orang lain juga perlu. By the way, tak semua cerita ye kita patut cerita dekat kawan-kawan.
Dalam bercerita jugak, buat aku rasa bersyukur sangat yang sebenarnya aku punya keluarga yang memang dah terbaik untuk aku dan aku sentiasa cuba jadi yang terbaik untuk keluarga aku. Bukan nak membandingkan life dengan kawan-kawan. Ada kita kurang, orang lebih, ada kita lebih, orang kurang. Dari situ kita dapat reflect balik setiap kebaikan yang kita dah ada dan buatkan kita lebih bersyukur.
Macam tu lah. Circle kawan-kawan aku tak besar, dan aku pun tak boleh nak 'maintain' circle besar. Aku pernah baca kata-kata dari satu buku puisi Timur Tengah yang bermaksud lebih kurang macam ni;
Kalau kita kawan dengan semua orang, maka kita adalah musuh kepada diri sendiri.
Bukanlah bermaksud kita tak boleh membuat ramai kawan, tapi kalau kita terlebih beriya nak please hati semua orang. Akhirnya hati sendiri yang merana. Tak semua hati orang kena dijaga. We care for who is matter most to us.
Semoga bahagia-bahagia selalu ye semua. InsyaAllah.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.