Unik Betul Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah

Kalau ke Kelantan. Korang kena singgah ke Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah ni. Masjid ni terletak di kawasan Pantai Sabak tak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengakalan Chepa. 

Bukan apa, bagi aku masjid ni sangat unik dengan architecture Nusantara dan more than 90% adalah dari kayuan. Dengarnya masjid ini mendapat sentuhan tukang ukir dari Indonesia. 

Suasana sekeliling masjid ini pula seakan dikelilingi air dan macam dibina di atas pulau kecil. Tenang je kat sini sebab jauh dari jalan besar. Pun begitu, ruang parkirnya cukup luas. 

Sedikit carian berkenaan masjid ni tadi ada bagitahu yang bahan binaan masjid ni dibawa dari Maghribi dan Yaman jugak. Kiranya campur-campur lah ye antara pengaruh Nusantara dan Timur Tengah. 

Nak tunjuk gambar tasik sekeliling masjid ni, tapi tah ke mana perginya. Udah terdelete dek anak bujang barangkali. Yang penting, kalau ke Kota Bharu korang kena spend barang sejam or less ke sini. 

Ulasan

(4)
  1. cantiknya... Masjid cam ni guna aircond ke? Atau kipas semuanya?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah cantik masjidnya. Lama saya tak pulang ke Kota Bharu.

    BalasPadam
  3. Wow menarik ni...SA x pernah lagi sampai Kota Bharu...kena pergi nanti ni

    BalasPadam
  4. Aisssh cantiiiik memang designnya saya tak pernah singgah Kelantan. Dulu 4 tahun kuliah di Penang, tapi kalopun jalan jalan saat libur kuliah, palingan hanya ke KL. Jarang ke state lain. Nantilah, semoga ada rezeki bisa ke Kelantan jga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.