Siapa sangka kan kita semua ni ada pada hari ni dalam keadaan macam ni? Korang expect ke kehidupan korang macam sekarang ni?
Dulu rumah nenek aku ni lah saksi pembentukan jati aku. Dari lepas sekolah rendah aku duk sini dengan dia dan dua tiga orang sepupu yang duduk sini jugak bersilih ganti. Aku duduk rumah ni sebab masa aku masuk form 1, atuk meninggal. Saja volunteer duduk dengan nenek aku, teman dia.
Dulu rumah ni tak macam ni. Sekarang cerah dah ni. Dulu kelam. Sekeliling rumah penuh pokok buluh minyak. Seram pun ada. Sebenarnya bukan saja-saja seram. Rumah ni memang banyak cerita-cerita mistik dan paranormal. Punyalah banyak, aku dulu seorang yang penakut jadi berani campur baran sebab selalu kena sakat. Sakit hati pun ada.
Ingat lagi satu kali tu lepas banjir dengan lumpur paras betis. Aku sangap rokok. Malam-malam tak boleh tidur sebab panas takde karan. Rokok pulak habis sebab baru lepas banjir 2004. Nak tak nak, aku gagahkan la keluar jugak.
Nak lalu depan takleh sebab banyak sampah hanyut dan depan tu pulak selain selut lumpur, masih ada lagi air bertakung paras peha. Aku lalu ikut belakang bawah rumpun buluh tepi sungai Kelantan.
Masa lalu tu aku perasan macam ada orang dekat pokok mengkudu dekat-dekat dengan rumpun buluh tu. Aku ingat memang orang la sebab seingat aku, aku perasan macam ada cahaya lampu picit. Aku tak pandang mana pun sebab selalunya lepas surut bah, nelayan akan turun kendurkan tali bot-bot dorang.
Lepas beli rokok masa aku jalan balik tu, aku tengok sekali lagi area pokok mengkudu tu. Eh, gelap gelita. Masa nak berjalan menjauhi area pokok tu aku perasan macam ada orang mengingai dari belakang pokok tu. Peh, meremang. Aku apa lagi. Buka langkah seribu.
Takut tu takut jugak, tapi naik rumah aku bukak tingkap bilik yang menghadap pokok mengkudu yang sama. Pasang kipas hala keluar tingkap. Bakar rokok Gudang Garam sambil menikmati angin musim tengkujuh. Sekali-sekali duk intai balik pokok tu. Kompom jin setan. Sebab orang-orang tua cakap lepas banjir memang ramai anak beranak dorang.
Haih. Apa-apa je lah kan.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.