Well.
Dulu Pantai Kundur ni destinasi aku duk kayuh basikal masa sekolah rendah dengan pak sepupu aku. Dia yang pertama kali kenalkan aku kat tempat ni. Dulu kawasan ni dikelilingi perkampungan nelayan. Ya, sekarang pun sama... Bezanya dulu rumah-rumah nelayan di sini kebanyakannya binaan tradisional, rumah panggung tiang rendah beratap singgora.
Sekarang semuanya sudah hybrid lah aku kira. Mungkin mak ayah mendapat dana dari anak-anak untuk memperelokkan istana masing-masing. Itu yang membuatkan rumah-rumah sekitar pantai ni dah bercampur binaannya.
Apa-apa pun aku suka sebab kerajaan negeri makin banyak bangunkan kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tumpuan pelancong. Bukan apa, takde la bila kawan-kawan luar Kelantan tanya tempat mana nak berjalan di Kelantan ni aku asyik ulang jawapan sama. Tak Pasar Siti Khadijah, PCB. Tak pun Pantai Irama, Bachok. Macam takde tempat lain.
Belah-belah hulu Kelantan pun aku tengok dah makin banyak perubahan baik lebih-lebih lagi ke arah pembaikan fasiliti tempat-tempat berpotensi untuk pelancongan ni. Aku harap semakin lama, semakin baguslah perkembangan dan bukan sekadar polemik sahaja.
Pantai Kundur ni pun banyak lagi fasiliti yang aku tengok dalam pembinaan. Masa aku pergi tu hari pun nampak kontraktor sedang bekerja. Tak sabar nak singgah lagi bila balik ke kampung lain kali.
Semoga yang baik-baik saja buat negeri tumpah darahku ini. Walaupun merangau dan aku tak ada perancangan untuk balik menetap di kampung, tanah rendah sekebun bunga ini pastinya menyimpan berjuta kenangan dan memori.
Saya ada niat nak ke Kelantan karena yang saya baca di sini kulinernya sedap2 terutama yg berbau seafood kan. Itulah yg buat saya nak kesana sangat kak 😄. Adik saya dah pernah, tapi saya tak bisa ikut waktu itu. Menyesal juga.
BalasPadam